Hi hijab, Bye bye imej rambut kerinting

Penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn Ariffin akui dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas akhir Ramadan baru-baru ini.

Menurut Ezlynn selepas tiga tahun cuba memakai tudung setiap kali Ramadan membuatkan tahun ini ia dipermudahkan.

“Sebelum ini saya memang berhijab setiap kali bulan puasa selama 3 tahun berturut-turut.

“Tetapi tahun ini saya ambil keputusan untuk berhijab terus sepenuhnya.

“Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya Dia tetapkan,” katanya.

Menurut Ezlynn penghijrahannya mudah dan bukan kerana sesiapa.

“Saya berhijrah hanya kerana Allah, tiada sebab untuk berhijrah kerana sesiapa.

“Cuma apa yang terdetik di hati saya tahun ni rasa nak berhijab,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*