Pemuda terkejut minyak rambut beli online diterima selepas 8 tahun!

Seorang pemuda Kanada,Elliot Berinstein membeli gel rambut berharga RM15.80 secara dalam talian pada 2012 dan pesanan itu tidak pernah sampai ke rumahnya, hingga baru-baru ini ketika negara itu berada dalam perintah berkurung.

Berinstein yang berkongsi perkara itu di Reddit menganggap ia insiden melucukan, apatah lagi dia sendiri sudah lupa mengenai barang yang dibelinya itu pada lapan tahun lepas.

Mulanya, dia pelik apabila menerima bungkusan daripada portal beli-belah, Well.ca yang dihantar ke rumahnya di sini sedangkan dia tidak memesan apa-apa barang.

Namun, semuanya terjawab apabila dia membuka kotak itu dan membaca resit yang dikepilkan, tertera pesanan dibuat pada 2012.

“Dalam kotak itu ada invois dan Brylcream bentuk tiub yang saya pesan pada 2012.

“Saya gelak kerana ia melucukan apabila pesanan diperoleh selepas lapan tahun,” katanya dipetik portal Daily Star.

Berinstein bagaimanapun  tidak berhasrat untuk memakai gel itu kerana warnanya yang kekuningan dipercayai sudah luput.

 

Ketika memesan gel rambut itu, dia menetap di Ottawa dan pernah menghubungi Well.ca supaya menghantar pesanan berkenaan ke alamat rumah baharu di sini.

Namun, katanya, bungkusan itu tidak diterima dan dia juga tidak bertanyakan hal berkenaan kepada syarikat terbabit.

“Saya tidak bertanyakan lagi barang itu kerana anggap ia tak penting untuk difikirkan,” katanya yang memberitahu dia membelanjakan CAD5 (RM15.80) untuk gel itu dan tidak berbaloi untuk dituntut.

Sementara itu, Canada Post memberitahu media tempatan pihaknya akan menyiasat perkara itu.

“Situasi ini agak unik dan buat masa ini kita hanya mampu untuk membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku berhubung kejadian itu,” kata agensi itu dalam kenyataan.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*