Gambar berdua dengan cucu, aura Puan Sri Normala Samsudin tetap memukau

Pesona Puan Sri Normala Samsudin dalam bidang pengacaraan tidak perlu diperkatakan lagi. Beliau cukup sinonim dengan berita TV3 dan juga program majalah wanita, Nona.

Bukan itu sahaja, Puan Sri Normala juga pernah mengasah bakat menjadi pelakon dengan  membintangi filem Gerak Khas The Movie,Idola dan Neon.

Menamatkan status ibu tunggal pada tahun 2005  dengan ahli politik Datuk Seri Azmi Khalid, beliau terus mengucapkan selamat tinggal kepada dunia glamor.

Baru-baru ini, seorang gadis dikenali sebagai Najihah Shahrel berkongsi gambar swafoto bersama wanita berusia 56 tahun itu yang mengundang perhatian warganet di laman Twitter.

“Nenek saya Normala Samsudin okey. Dah selamat tinggal semua,” tulis gadis berusia 22 tahun itu ringkas.

 

Posting berkenaan meraih 2,900 perkongsian dan 14,600 tanda suka.

Rata-rata netizen kagum dengan kejelitaan yang dimiliki ikon penyiaran tersebut kerana wajahnya yang tidak dimamah usia.

Maka tak salahlah kan kenapa Puan Sri Normala  pernah menerima gelaran “Wanita Melayu Tercantik” kerana beliau sememangnya dianugerahkan wajah melayu yang menawan!

 

Sumber : Twitter,IG

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*