Misteri batu ular gergasi di Engkilili, Sarawak

Terletak kira-kira 230km dari bandar Kuching, pekan Engkilili dinamakan sempena pokok Engkilili yang senang ditemui di kawasan ini.

Tetapi bukan itu tarikan sebenar pada pekan Engkilili ini.

Di sini sebenarnya terdapat sebuah batu yang merupai bentuk seekor ular yang sangat besar.

Batu tersebut dinamakan Batu Nabau yang terletak di 3km dari pusat pekan Engkilili terus menjadi tarikan pelancong baik dari dalam dan luar Bumi Kenyalang.

Nabau membawa maksud sejenis ular gergasi mengikut dialek Iban.

Pelbagai misteri yang dikaitkan dengan batu tersebut membuatkannya sering dikunjungi pelancong.

Batu tersebut berbentuk silinder dengan panjang kira-kira sembilan meter dan diameter dua meter.

Batu itu, yang kelihatannya mempunyai hujung runcing seperti kepala ular, nampak seolah-olah keluar dari tanah, menyebabkan orang ramai percaya bahawa batu tersebut sememangnya ular yang disumpah menjadi batu.


Batu Nabau dahulu nya dikenali sebagai Batu Lintang oleh penduduk tempatan.

Ceritanya bermula sekitar 50 tahun yang lalu, apabila seorang lelaki Thailand telah bermimpi di daerah kelahirannya wujud seekor ular besar yang menyerupai batu dan harus memujanya bagi mengelak sebarang kec3lakaan.

Selepas puas mencari jejak mimpinya akhirnya dia dibawa ke Engkilili oleh seorang kenalan kerana percaya ular besar yang dimimpi oleh lelaki tersebut sebenarnya adalah “Batu Lintang” yang sering penduduk tempatan lalui untuk ke kebun di situ.

Setelah melihat sendiri batu besar yang disaluti lumut, lelaki Thailand itu berkata batu itu betul betul menyerupai ular besar yang hadir dalam mimpinya dan dia terus melakukan upacara pemvjaan sepertimana yang dimimpinya dan bertapa di situ untuk beberapa ketika.

Seperti yang kita sedia maklum masyarakat Siam amat mempercayai perkara miistik. Selepas keluar dari pertapaan lelaki tersebut mendakwa bahawa doa dan ritual yang dibuatnya di atas batu tersebut telah dijawab dan kepercayaan ini telah tersebar luas dalam masyarakat tempatan dan luar malahan sehingga ke Thailand sendiri sehinggakan suatu ketika jumlah pengunjung yang hadir untuk melihat sendiri batu tersebut atau melakukan upacara pemujaan hampir 100 orang dalam sehari samada berkumpulan dan berseorangan sehingga mengnggu kehidupan harian penduduk tempatan.

Pelbagai upacara ritual telah dilakukan oleh pengunjung kerana percaya batu tersebut mempunyai kuasa miistik.

Malahan ada yang mendakwa mereka menang hadiah loteri selepas meminta nombor ekor dari Batu Nabau.

Menurut salah seorang penduduk tempatan yang ditemui, terdapat kisah dimana seorang budak n4kal pernah kencing diatas batu ini.Tidak lama kemudian dia hilang secara mist3ri selepas dipercayai terjatuh ketika dalam perjalanan pulang dan dia tidak ditemui lagi selepas itu.

“Dalam satu kejadian lain,seorang kanak-kanak jatvh sakit selepas melontarkan batu ke arah batu ini. Penduduk cuba merawatnya tetapi gagal. Menurut cerita orang tua, kanak-kanak itu akhirnya berjaya dipulihkan selepas penduduk melakukan upacara Miring berhampiran batu berkenaan.

Antara lain  cerita mulut ke mulut  berkaitan dengan Batu Nabau ini ialah bagaimana suatu ketika batu tersebut kelihatan terapung semasa banjir besar walaupun banjir itu telah menenggelamkan pokok pokok berhampiran.

Beberapa tahun lalu dikatakan huruf abjad Jawi lama iaiti Alif,Lam,Nun dan Mim iuga telah ditemui di Batu Nabau.

Menyedari khazanah alam tersebut perlu diperlihara agar keasliannya tidak terjejas penduduk melalui Ketua Kaum dan Masyarakat mereka telah bekerjasama dengan Majlis Daerah Engkilili telah meletakkan papan tanda dilaluannya agar upacara ritual seperti mel3mpar telur mentah, menuang susu dan memb4ling syiling tidak lagi dilakukan ke atas Batu Nabau oleh para pengunjung.

Sehingga kini tiada siapa yang benar-benar tahu kisah sebenar di sebalik Batu Nabau.

Mungkin ia hanya sekadar mitos tetapi tidak mustahil ada cerita disebaliknya. Oleh kerana itu, sesiapa yang datang ke sini dilarang sama sekali bercakap sombong atau jangan sesekali melakukan kek3rasan keatas Batu Nabau.

Wallahu’alam.

 

 

 

Sumber:Kajomag

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*