Tunjuk baby bump, peminat mula meneka jantina bayi #Fattzura berdasarkan hint yang diberi Fattah Amin

 

Pelakon jelita, Fazura yang kini sedang hamil 5bulan ada memuatnaik foto terkini dirinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Binti Sharifuddin itu memaklumkan dirinya ada temu janji pemeriksaan berkala bersama doktor.

“Doctor’s appointment,” tulisnya ringkas.

Malah, peminat turut meluahkan rasa teruja untuk menanti kelahiran cahaya mata sulung pelakon berusia 36 tahun itu.

“Wah ada baby bump, semoga dipermudahkan Allah segala urusan, aamiiin ya rabb,” tulis peminat di ruangan komen entri berkenaan.

Melihatkan Fattah meletakkan emoji berbentuk hati yang berwarna biru, ada peminat mula meneka yang pasangan popular ini bakal mendapat cahaya mata lelaki.

 

 

Sekadar informasi, Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017. 

Foto: Instagram Fazura

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*