“Selepas dapat panggilan, baru saya percaya memang daripada PM”- Pavithra kongsi momen saat terima ‘surprise’ dari Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tidak dinafikan, video dari S Pavithra kini kian berjaya menambat hati rakyat Malaysia melalui perkongsian video memasak pelbagai menu yang dikongsikan menerusi saluran YouTube.

Selain dari faktor menu yang mudah disediakan,dia dan pasangannya yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu turut menyumbang kepada sambutan luarbiasa netizen. 

Siapa sangka fenomena Pavithra turut sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, TanSri Muhyiddin Yaasin.  Ini terbukti apabila youtuber itu berkongsi berita gembira apabila dia menerima hadiah yang tidak disangka-sangka dari Perdana Menteri.

Dalam satu perkongsian, dia dikatakan menerima kad ucapan, selain tripod serta beberapa bingkisan lainnya dari Perdana Menteri.

“Saya sangat gembira dan terharu. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada PM (Perdana Menteri) kita dan saya mendapat banyak barang masakan dan juga barangan elektrik.

“Saya dapat banyak barangan masak, jadi kami rancang hujung minggu ini nak masak untuk jiran-jiran.

“Satu lagi… Saya ada satu hadiah istimewa, dapat tripod besar. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan tripod dan saya mendapat tripod ini daripada PM kita. Jadi saya bangga dan sangat gembira,” antara ucapannya yang dikongsikan menerusi paparan video terkini.

Menerusi video sama, Pavithra turut berkongsi barangan yang diterima selain cuba membangunkan tripod yang dihadiahkan.

Sementara itu menerusi Berita Harian, dia dan suami, M Sugu tidak menyangka atas kejutan yang diterima daripada pemimpin negara.

Malah dia turut menjelaskan, PM ada berpesan, andai menyediakan masakan, bolehlah juga bagi jiran merasa.

“Tiba-tiba (hadiah) datang, saya pada mulanya tidak percaya, pada kad pula tiada tandatangan jadi saya fikir mungkin bukan dari PM dan dihantar orang lain.

“Tetapi selepas itu mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bertanyakan sama ada ‘parcel’ sudah sampai atau tidak, baru saya percaya hadiah memang daripada PM.

“Kalau boleh hendak berjumpa dengan PM untuk mengucapkan terima kasih secara berdepan tetapi sebab PKP mungkin tidak boleh,” katanya seperti yang dipetik.

Video berkaitan juga sudah pun ditonton hampir setengah juta kali disusuli dengan ribuan komen dari wargamaya.

Terdahulu, Pavithra dan Sugu mulai berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu.

Sehingga kini, ia sudah pun mempunyai lebih 400,000 pengikut dan video masakannya juga turut mendapat perhatian penonton dari luar negara.

Foto: YouTube Sugu Pavithra

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*