C0vid19: Diddy AF4 tak setuju anak jadi ‘tikus makmal’

Lain negara lain caranya. Demi keselamatan keluarga, bintang kelahiran Akademi Fantasia, Diddy Hirdy yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Liverpool, United Kingdom (UK) itu menegaskan dia sanggup ‘menent4ng’ arahan kerajaan UK dari merisik0kan keluarga nya.

Diddy yang dihubungi berkata kerajaan UK baru sahaja beberapa hari lalu telah melonggarkan syarat-syarat Lock Down di negara tersebut.

“Lock down di sini tak sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Di sini Lock Down hanya meletak kepercayaan pada rakyat itu sendiri. Hanya beri garis panduan tapi tak ada penguatkuasa yang menguatkuasakan garis panduan tersebut.

“Mereka tidak ambil data seperti suhu badan, nama dan nombor telefon ketika ke pasaraya dan sebagainya. Awal-awal masa lock down macam sunyi, tapi makin lama seolah-olah keadaan seperti biasa,” kata Diddy.

Tambah Diddy, penduduk bers0sial seperti biasa, tetamu datang ke rumah, bebas keluar untuk menikmati musim panas dan sebagainya sedangkan Liverpool adalah bandar kedua tertinggi kadar kem4tian selepas London di UK.

“Sekarang ini kerajaan melonggarkan garis panduan Lock Down yang dilaksanakan sebelum ini dan membenarkan aktiviti riadah bersama keluarga, tetapi dinasihatkan supaya tidak mempunyai kontak dengan orang lain.

“Lebih membimbangkan, kerajaan UK juga merancang untuk memulakan sesi persekolahan bermula 1 Jun ini tetapi Liverpool satu-satunya bandar yang menent4ng idea tersebut dan tidak akan membuka sekolah,” jelas Diddy lagi.

Namun tambah Diddy, jika Liverpool bertindak untuk membuka sesi persekolahan, Diddy tidak akan membenarkan anaknya untuk hadir ke sekolah kerana tidak mahu menanggung risik0.

“Diddy tak mahu anak Diddy dijadikan bahan ujian seperti tikut makmal untuk mengetahui sama ada mereka immune dengan wabak C0vid-19 ini. Biarlah sukar dan sesibuk manapun kami, Diddy dan isteri akan mengajar anak di rumah sahaja demi keselamatan mereka dalam keadaan sekarang ini,” ujar Diddy.

Tambah Diddy, untuk memastikan keluarganya sentiasa berjaga-jaga, mereka sekeluarga mengikut SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana lebih yakin dengan cara Malaysia mengendalikan wabak C0vid-19.

“Diddy sangat risau lama mana perkara ini akan terjadi kerana UK sekarang adalah negara yang berada di tangga kedua atau ketiga paling ramai yang terkena jangkit4n dan juga kem4tian di dunia. Diddy hanya mampu berharap agar kerajaan UK belajar daripada negara-negara Asia khususnya Malaysia dalam menangani wabak ini,” jelas Diddy.

Diddy juga menyatakan yang dia bangga dengan cara Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah melakukan perkara yang cukup baik bagi memastikan rakyatnya berada dalam keadaan yang selamat.

“Diddy harap, rakyat Malaysia akan terus mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Kita semua pastinya sangat sayang dengan ibu, bapa serta datuk dan nenek kita. Mereka inilah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan,” jelas Diddy yang yakin Malaysia mampu mengawal dan memutuskan rangkaian C0vid-19 daripada terus merebak.

Untuk pengetahuan, Diddy kini berada di tahun terakhir pengajiannya di Liverpool dan dijangka menamatkannya pada Januari 2021. Dia berada di Liverpool bersama isteri dan dua orang anaknya di bawah tajaan Universiti Utara Malaysia.

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*