7 bintang ini pernah tolak tuah berlakon dalam Kuch Kuch Hota Hai

Filem sepanjang zaman, Kuch Kuch Hota Hai pernah mencetuskan fen0mena di seluruh dunia. Filem berkisarkan kisah cinta segitiga ini menjadikan industri hiburan Bollywood terkenal di dunia.

Malah di Malaysia sahaja, filem Kuch Kuch Hota Hai masih sering ditayangkan oleh mana stesen TV tempatan walaupun setelah 20 tahun berlalu!

Kejayaan filem ini didorong oleh peranan aktor dan aktres yang terlibat di dalamnya. Sepanjang filem ini, terdapat tiga watak yang menjadi fokus utama dalam kisah ini. Mereka adalah Rahul, dimainkan oleh Shah Rukh Khan, Anjali dimainkan oleh Kajol, dan Tina, dimainkan oleh Rani Mukherji.

Tidak ramai yang tahu, ternyata pengarah Karan Johar berhadapan cabaran untuk mendapatkan pelakon membintangi filem ini. Karan mengaku telah menawarkan beberapa pelakon terkenal tetapi ditolak. Namun akhirnya mereka juga yang menyesal selepas filem itu pecah panggung sehingga melonjakkan nama kesemua pelakon/

Dipetik dari TheStoryPedia, berikut 6 selebriti Bollywood yang pernah menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Twinkle Khanna


Karan Johar mendedahkan bahawa dia pernah mengagumi kecantikan Twinkle Khanna. Atas sebab ini, dia menulis skrip dengan watak Tina yang diilhamkan oleh nama pelakon Twinkle Khanna. Namanya terdengar serupa dan sangat sesuai dengan watak yang diinginkan oleh Karan Johar dalam filem Kuch Kuch Hota Hai. Tetapi sayangnya, tawaran Karan Johar ditolak dan dia harus mencari pelakon lain.

Karisma Kapoor

Karisma Kapoor adalah salah seorang pelakon yang ditawarkan watak Tina oleh Karan Johar. Pada masa itu, Karisma telah membintangi banyak filem sebagai watak utama. Namanya juga sudah terkenal dan mempunyai ramai peminat.

Atas alasan itu Karisma menolak peranan Tina sebagai pelakon pembantu. Lebih-lebih lagi, penampilan Tina dalam filem itu tidak sebanyak Anjali, yang dilakonkan oleh Kajol.

Urmila Matondkar

Seterusnya ada Urmila Matondkar yang juga ditawarkan peranan Tina oleh Karan Johar. Sebelum ini, Urmila telah menghubungi Karan dan ingin mengetahui mengenai watak Tina dalam filem Kuch Kuch Hota Hai. Tetapi setelah mengemukakan beberapa soalan, Urmila juga memutuskan untuk menolak tawaran tersebut.

Aishwarya Rai

Aishwarya Rai Bachchan – Peranan Tina juga ditawarkan kepada pelakon cantik ini, tetapi dia juga menolaknya ketika dia sibuk menjalani penggambaran di filem lain.’

 

Raveena Tandon

Dia juga antara pelakon Bollywood yang menolak peranan Tina dan malah dia membantu Rani Mukerji untuk berlakon dalam filem ini.

Ajay Devgn

Ajay Devgn dikatakan bahawa pelakon Singham ini juga menolak tawaran dari Karan Johan. Mungkin, dia tidak mahu melihat-lihat keserasian Shah Rukh Khan dan Kajol.

Saif Ali Khan

Kami rasa dia pasti menyesal kerana menolak peranan Aman Mehra dalam filem blockbuster ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*