Selebriti wanita ini pernah bergelar seorang guru satu masa dulu

Menjadi seorang guru merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia kerana dapat membantu dan membimbing pelajar itu sehingga menjadi seorang insan yang berjaya dan disegani.

Maka bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei ,berikut kami kongsikan empat orang selebriti wanita yang pernah bergelar pendidik:-

1)Datuk Seri Vida

Sebelum bergelar usahawan selebriti popular, wanita yang mesra dengan nama DSV ini pernah menjadi guru sekolah selama 12 tahun. Agak-agak dulu DSV kelakar juga tak macam sekarang?

 

2) Adibah Noor

Adibah pernah bertugas sebagai seorang guru bahasa Inggeris pada sekitar tahun 1993 di Sekolah Menengah Taman Datuk Keramat.

Tiba-tiba terbayang pulak watak Cikgu Hajar yang dilakonkan oleh Adibah Noor dalam drama ‘Oh My English’ pada satu masa dulu.

 

3)Lisa Surihani

Tahukah anda, isteri kepada Yusry Kru ini pernah bergelar seorang guru sekitar tahun 2003.

Lisa ketika itu bertugas sebagai guru sandaran di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Wah, tak sangkanya!

 

4)Puteri Aishah

Masihingat lagi dengan kisah Cikgu Aishah yang viral sekitar tahun 2015? Inilah orangnya! Pernah menimba ilmu dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Aishah pernah menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah.

Mesti selalu dapat surat cinta dari anak murid ni! Hehe..

 

 

 

 

 

Sumber:Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*