“I’m ready”- Komen Syafiq Kyle di entri Mimi Lana tarik perhatian netizen

Berkongsi foto bersama kekasih hati, Syafiq Kyle menerusi Instagram baru-baru ini, perkongsian dari Mimi Lana nyata mendapat perhatian peminat.

Masakan tidak, entri yang dilampirkan bersama dua keping foto itu sehingga kini telah mendapat ribuan komen.

“Who needs pusaka (the sequel)? Comment,” tulis Mimi ringkas pada sisi kapsyen.

Lalu, pelbagai reaksi telah ditinggalkan peminat pasangan popular ini. 

 

Mereka bukan saja mahukan sambungan filem seram tersebut, bahkan ada yang secara berseloroh meminta mereka berdua segera mendirikan rumah tangga apabila melihat Syafiq memberikan komen “i’m ready”

 

 

Terdahulu, filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid  mengandingkan Mimi yang memegang watak sebagai Nur iaitu adik kepada Inspektor Nuar lakonan Syafiq Kyle.

Turut sama terlibat didalam filem berkenaan ialah Faizal Hussien, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan ramai lagi.

 

 

 

Foto: Instagram Mimi Lana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*