Dari FARAHiskandar ke Ommaesabel,Farah Lee kongsi pengalaman mula-mula ceburi bidang perniagaan ketika masih bergelar pelajar

‘Ku harap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’.
Siapa sangka perkahwinan yang diharapkan hingga ke hujung nyawa berakhir selepas dikurniakan cahaya mata pertama.

Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pemberita Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 dan berpisah pada 17 Ogos 2016.

Rupa-rupanya Farah Lee memang seorang wanita yang berdikari sejak awal perkahwinan lagi. Berkongsi detik permulaan serta saar tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan tudung ialah dia ketika sedang menyambung pengajian di Korea Selatan.

Berbekalkan duit biasiswa JPA, dia mula membeli beberapa helai tudung dan menggayakannya dengan sumber yang cukup terhad.

Perniagaan atas nama FARAHiskandar itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Namun jenama itu terpaksa dibubarkan selepas dia berpisah dengan Ally dan dia menukarnya kepada Ommaesabel.

Tulis Farah,

“masa awal2 start business tudung, end of 2012. Modal simpan duit biasiswa JPA, tak sampai RM1,000 pun. Sesungguhnya Farah bukan business person.

“Tapi tercetus idea untuk jual bawalshawl ni bila orang duk tanya Farah beli mana bawal corak2 macam tu siap boleh lilit2.

“Well being someone yang into fashion, bawalshawl yang Farah pakai tu actually cotton scarf yang orang Korea guna as muffle – Farah reka2 nak gayakan macam mana since masa kat Korea mana ada kedai jual tudung so pepandai ko la haha..

“So dengan modal tadi Farah beli beberapa helai, tak sampai 50pcs pun. Then makeup2 sikit, susun buku2 atas kerusi, pinjam dslr kawan, letak atas susunan buku tu, set timer, lari2 kat dinding bilik untuk posing. Then gambar2 tu edit sikit, upload kat Facebook – siapa nak order kena message kot, ke isi jotform – camtu lah lebih kurang tak ingat dah.

“So order tadi Farah pack siap2 ikut order ID, masukkan semua dalam kotak, pos ke Malaysia, then @lisa.romli tolong tulis address dan pack untuk dipos.

“Before start tu takut tak laku. Tapi sambutan mashaAllah sold out kejap je. So dari situlah start berkembang my clothing business ni,” tulisnya.

Sementara itu, apa yang membanggakan, hasil perniagaannya digunakan untuk mengerjakan ibadah haji, menyara ibunya dan menyambung pengajian ke luar negara.

“Masa tu nama FARAHiskandar, lepas c3rai kita terpaksa lah ny4hkan nama Iskandar tu hahaha so rebrand kepada @ommaeabel on 2016.

“After grad Feb 2013, balik Malaysia, order scarf direct dari China (sebab yang kat Korea dulu pun semua made in China ahha). Sepanjang Ramadan, order fuhh.

“Sehari 100pcs parcel pos. Then dengan modal tu baru yakin untuk start design sendiri.

“My very first own design (mid 2013) adalah studded skirt. So me. Tapi rare la skirt tu. Masa tu baru tahu tak mudah nak design pakaian – nak ngamkan measurement, material yang sesuai, tailor yang faham, timeline etc.

“Sampailah sekarang berkat rezeki tu boleh bagi parents, pergi sambung study, pergi Haji, pergi travel – but since yang keluar lagi laju dari yang masuk, jadilah aku takde saving pun sekarang. Obvious kan bukan orang business haha.

“Jadi silalah support business sis @ommaesabel tu. Sekarang ada SALE sehingga 50%. Moga adalah simpanan sikit nanti mana tau nak kawen ke kan?,” kongsinya panjang lebar.

Semoga Farah akan terus sukses dan menjadi contoh kepada ibu tunggal yang lain.

Foto : Instagram Farah Lee

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*