Guna sentimen bangsa,netizen anjur kempen boikot Jakel

Kredit foto:Kuala Pilah Group

Gara-gara terlepas menggunakan perkataan seakan menghin4 Melayu di IG Story nya,pemilik gedung tekstil Jakel iaitu Muzaffar menerima kecam4n netizen.

Muzaffar memuat naik status kontr0versi tersebut selepas daripada pengumuman Perdana Menteri bahawa beberapa sektor perniagaan akan dibuka semula bagi menggerakkan semula ekonomi negara.

Terlanjur kata dengan kenyataan yang dikatakan sebagai menghina, Muzaffar memohon maaf dan menjelaskan perkara tersebut.

 

Malah menerusi hantaran di Facebook, dia telah memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran kata yang menyebabkan kemarahan orang ramai.

Muzaffar dalam kenyataan tersebut menjelaskan bahawa itu adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili kenyataan syarikat milik  abangnya.

Muzaffar turut mengaku  tidak sengaja menggunakan perkataan tidak sesuai.

Bagaimanapun  rata-rata daripada netizen tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut dan telah melancarkan kempen ‘Boikot Jakel’ di atas ketelanjuran Muzaffar.

Malahan penggunaan perkataan mengenai ‘SOP’  Jakel turut dipertikaikan.

Memasuki fasa ke-4 pelaksanaan PKP, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada rakyat untuk bergerak namun ianya bukanlah lesen kepada pergerakan bebas sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan tidak selamat.

 

 

 

 

 

Sumber:0disi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*