DBKL umum buka taman rekreasi Isnin ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka taman-taman rekreasi di bawah seliaan pihaknya bermula Isnin ini 4 Mei 2020.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, DBKL akan membuka taman rekreasi tersebut namun akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“DBKL akan buka taman-taman di bawah DBKL Isnin ini tapi ikut SOP KKM,” katanya kepada Sinar Harian.

Antara taman-taman di Kuala Lumpur termasuklah Taman Tasik Perdana, Taman Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman di Kepong dan beberapa taman rekreasi lain.

Terdahulu, sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang dibenarkan bermula 4 Mei ini.

Antaranya badminton, tenis dan joging termasuk berbasikal dengan syarat orang ramai mengamalkan penjarakkan s0sial.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:SinarHarian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*