Tiada siapa kebal,Nurul Zahid dan suami akan ditvduh di mahkamah langgar PKP

KUALA LUMPUR: Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff akan ditvduh di mahkamah kerana mel4nggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan J3nayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya sudah mendapat arahan dari pihak Jabatan Peguam Negara untuk menvduh kedua-duanya dalam masa terdekat.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanvn Kes3ksaan oleh Unit Siasatan J3nayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman dan kedua-duanya telah diambil keterangan pada 24 April lalu.

“Siasatan mendapati Datuk Nurul Hidayah telah memuat naik gambar di Instagram dengan beberapa kapsyen tentang pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad,” katanya

Susulan itu kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan pihaknya sudah mendapat arahan untuk menvduh kedua-duanya mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Penc3gahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (No.3) 2020 dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak cuba menimbulkan persepsi n3gatif dalam seolah-olah Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengambil tinndakan ke atas dakw4an pel4nggaran itu.

“PDRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripada sebarang tindaakan sekiranya didapati dengan sengaja mel4nggar apa juga undang-undang negara,” tegas Huzir.

Nurul Hidayah, 41, memuat naik beberapa gambar di Instagram ketika dia dan suaminya bertemu Dr Zulkifli serta Ahmad Masrizal di pejabat masing-masing.

Perkara itu mendapat kecaman n3tizen yang mendakwa beliau dan suaminya melanggar PKP dan seolah-olah meny4lahgunakan kedudukan beliau sebagai anak tokoh politik untuk membolehkannya berbuat demikian.

Walaupun foto dimuat naik Nurul Hidayah menunjukkan ada penjarakan s0sial, namun n3tizen tetap mengkriitik tindakan itu selain menvduhnya sebagai ‘kebal’ di sisi undang-undang.

Susulan k3caman yang diterima, Nurul Hidayah menerusi posting di Instagram menyelar tindakan n3tizen itu selain menc4bar mereka membuat laporan polis terhadapnya.

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*