Ini Permintaan Abam Untuk Sahabat Bocey Tapi Fad Tidak Dapat Tunainya. Sungguh Berat Ujian Untuk Fad Yang Berusaha Mahu Pulang Ke Malaysia.

Tidak dapat nak digambarkan perasaan Fad sekarang, terkini rakan-rakan yang lain sudah mula berkumpul di perkarangan Masjid Gombak Utara menunggu jenazah Abam.

Namun, Fad masih di Jepun dan kini sedang mencari jalan untuk balik ke Malaysia dengan secepat mungkin, namun difahamkan tiket pulang paling cepat pun malam ini.

Menerusi hasil temubual di oleh astro Gempak, Fad berasa sangat terkilan tidak dapat pulang ke Malaysia untuk melihat Abam dan menguruskan jenazah Abam.

Saya dah cuba macam2 nak balik

Tambah Fad, Abam adalah antara insan yang membantunya untuk berjaya dalam bidang seni, tanpa Abam dia mungkin tidak akan sampai ke tahap ini.

Fad memohon maaf tidak dapat bersama-sama di hari pengebumian Abam, namun Abam akan sentiasa berada di dalam ingatan sehingga akhir hayatnya

Fad sayang kau Abam

Sementara itu, di IG isteri Fad, Syaheera, sempat berkongsi mengenai suaminya yang kini masih berduka dengan pemergian Abam.

Dapat diperhatikan, jiwa Fad bagaikan sudah hancur menerima berita kehilangan sahabat baik dalam keadaan yang sebegitu. Hancur luluh hatinya tidak dapat melihat Abam buat kali terakhir.

Terkilan permintaan arwah tidak dapat ditunaikan

Difahamkan, Masjid Gombak Utara sudah dipenuhi dengan keluarga, rakan artis dan kenalan yang sedang menunggu ketibaan jenazah Abam untuk disembahyangkan.

Sumber : Astro Gempak & Syaheera

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*