Ini Permintaan Achey Kepada Peminat Abam. Harap Kita Semua Boleh Bantu Dana Hasilnya Ditinggalkan Untuk Anak Isterinya

Abam bocey ada memiliki akaun youtube sendiri. jadi achey menyeru kepada semua subscribe channel serta naikkan view tersebut dan menjana income tersebut untuk anak isteri arrwah. moga kita semua boleh bantu untuk meringankan beban tersebut.

Ini posting dari achey di instagram nya

SIKASIH….. apa itu??… cari di YouTube apa @abam_bocik tinggal kan untuk kita… please dengarkan naikkan view dan hasilnya untuk tanggungjawap yang dia tinggalkan… iringi lah dengan doa anda untuk nya… #bocey #gemokisawesome

Semoga kita semua dapat membantu keluarga abam meringankan beban ini.. jom kita semua subscrib dan view lagu tersebut di apps youtube.

Sila rujuk video di bawah

Respond pilu sahabat baik bocey dengan pemergian sahabat baiknya

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meningg4l dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

“Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu”, tulis Fad pada ruangan kapsyen.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Lagu sikasih oleh abam bocey

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*