Kalau Rozita Che Wan Dapat ‘Madu’. Ini Yang Akan Dilakukan Oleh Che Ta Jika Bertemu Dengan ‘Madu’nya

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengimbas kembali foto suaminya, Zain Saidin ketika menikahkan kakak iparnya, Sasha Saidin beberapa hari lalu.

Foto tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Che Ta berkata foto itu telah menjadi perbualan sesetengah pihak yang memberitahu ia kelihatan seolah-olah Zain sedang akad nikah lagi.

Namun, Che Ta tidak dapat terima kenyataan jika ia benar berlaku.

“Bila orang tengok gambar ni, mereka kata Che Ta dapat ‘madu’. Amboi!

“Kalau Ayam Masak Madu saya suka, tapi kalau bermadu, masak ‘madu’ tu saya kerjakan,” katanya seolah-olah memberi amaran.

Sasha selamat bernikah dengan usahawan, Sirhan Wahab pada 20 Januari lalu.

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan puteri diberi nama, Aaisyah Dhia Rana.

Dalam perkahwinan lalu, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

Sumber : GEMPAK DOT COM

Apa salahnya Zain Saidin carikan ‘madu’ untuk che ta kan.. hehe! Bukan dia tak mampu .. terlebih mampu dah hehe! Gurau je tau che ta..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*