Viral Foto Instafamous Buka Tudung, Penyanyi Antarabangsa Ali Gatie Bersuara

Gambar viral seorang model muslimah tidak berhijab ketika bercuti di Phuket bersama teman lelaki dan rakan-rakan telah menimbulkan rasa kecewa ramai orang. Model dan juga Instafamous, Sharifah Rose walaubagaimanapun sudah menjelaskan keadaan sebenar. Malah, teman lelakinya, Azief Khalid yang merupakan anak tir1i Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut tampil memberi sokongan.

ISU penularan foto model hijabista, Sharifah Rose tidak memakai tudung sewaktu bercuti di Phuket, Thailand turut mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Ali Gatie.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu It’s You itu menyatakan sokongan dan kata-kata semangat kepada Sharifah Rose di laman Twitter.

Menurut Ali Gatie, sebagai manusia biasa wanita itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Ali Gatie puji tindakan Sharifah Rose memohon maaf dan menjelaskan isu buka tudung.

“Kita semua manusia! Saya sayang dan sokong awak! Hanya orang yang matang akan memberi reaksi seperti ini.

“Kami semua berbangga dengan awak @sharifahrose,” tulis Ali Gatie.

Tweet yang dimuat naik Ali Gatie menarik perhatian netizen di laman sosial yang tidak menjangkakan penyanyi itu tampil mempertahankan instafamous berkenaan.

Malah, nama Sharifah Rose dan Ali Gatie turut menjadi trending di laman sosial.

Kita semua manusia! Saya sayang awak dan sokong awak!

“Artis antarabangsa pun sokong dia. Kita ini manusia dan tak akan pernah terlepas buat salah. Sudah-sudahlah cari fasal.

“Muka lawa boleh la Ali Gatie back up. Cuba kalau muka macam aku ni buat salah member aku yang nama Ali pun takkan back up,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Sharifah Rose menjelaskan foto yang tersebar itu diperoleh daripada IG Story salah seorang rakannya yang turut sama bercuti di pantai peranginan tersebut.

Menurut Sharifah Rose, tindakannya itu hanya dilakukan dalam tempoh 10 minit disebabkan tudung yang dipakai ketika itu berada dalam keadaan basah.

Foto Sharifah Rose tidak memakai tudung tular di laman sosial.

Sharifah Rose turut memohon maaf kepada para pengikutnya di laman sosial atas tindakannya yang dianggap kurang cerdik.

Dalam pada itu, kekasih kepada Sharifah Rose iaitu Aazief Khalid juga tampil memberi sokongan kepada wanita berusia 22 tahun itu.

“Awak seorang anak perempuan yang bertanggungjawab, sahabat setia dan mempunyai hati yang baik.

“Di mata saya dan orang yang rapat awak tahu yang awak adalah seorang yang baik. Awak lebih baik daripada saya.

“Kadang-kadang segelintir orang lupa yang kita juga adalah manusia biasa yang membuat kesi1lapan tanpa disedari. Semuanya akan menjadi okey,” tulisnya di Instagram.

“Terima Kasih Pilih Saya,”- Sweet Sungguh Ucapan Buat Azief Khalid, Sharifah Rose Siap Sunting Video Momen Berdua

Sharifah Rose telah menyunting video buat kekasihnya, Azief Khalid bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-22, hari ini.

Mengabadikan momen indah bersama sepanjang perkenalan, Rose turut menitip ucapan istimewa buat anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

“Happy birthday soulmate. You’re real, vulnerable, smart and full of joy. I feel safe whenever i’m around you.

“Thank you for choosing me to be part of your growth. I love how i’m falling in love with myself as i’m falling in love with you.

“You deserve all the good things in life,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen pula, Azief dilihat ada memberikan respon terhadap video tersebut.

“Baru nak Merajuk tapi tak jadi. thank you for all the times you helped me find my peace, sayang,” balasnya.

Disamping itu, Rose dan Azief sering memuat naik foto bersama di Instagram masing-masing.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*