Ini Jumlah Wang Selepas Wanita Tersebut Jual Daranya. Jumlah Yang Sangat Mengejutkan

LONDON: Seorang remaja berusia 19 tahun dilaporkan berjaya menjual daranya pada harga 1 juta Pound Sterling (RM6.3 juta) menerusi laman sesawang sebuah agensi teman sosial.

DailyMail melaporkan bahawa Ekaterina berasal dari bandar Kharkiv di timur laut Ukraine, tetapi kini menetap di Amerika Syarikat.

Pada Disember lalu, gadis itu mendedahkan dia berhasrat untuk menjual d4ranya pada harga sekurang-kurangnya 84,120 Pound Sterling (RM447,000)

Bagi tujuan itu, dia menjalani pemeriksaan doktor untuk mengesahkan bahawa dirinya benar-benar dara.

Minggu ini, remaja itu mengesahkan daranya sudah dijual kepada seorang lelaki dari Munich, Jerman yang berusia 58 tahun pada harga 1 juta Pound Sterling.

Individu berkenaan yang mengakui dirinya sebagai ahli perniagaan dari Munich dan pemilik studio kesihatan yang mempunyai cawangan di seluruh Eropah adalah pembida tertinggi.

Selain lelaki itu, seorang peguam dari New York menawarkan 1 juta Euro (RM4.5 juta) dan seorang penyanyi dari Tokyo mahu membayar 800,000 Euro (RM3.6 juta).

Bagaimanapun, laman sesawang agensi berkenaan tidak memperincikan butiran pelanggan atas alasan privasi.

Berdasarkan laman sama, pembeli boleh mempertimbang untuk mengahwini Ekaterina dan menyara kehidupan gadis itu dengan elaun 10,000 Euro (RM45,000), sebulan.

Terdapat juga video memaparkan wajah Ekaterina yang memberitahu bahawa dia berbuat demikian kerana mahu menikmati kehidupan mewah dan mengembara.

“Ini adalah badan saya dan ia pilihan saya…. saya fikir ini adalah keputusan terbaik,” katanya.

Untuk layak disenaraikan dalam laman sesawang agensi berkenaan, gadis perlu mengemukakan pengesahan dara oleh doktor.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*