Pada 23 Disember yang lalu, pelakon Nina Iskandar telah selemat melahirkan cahaya mata pertamanya. Berita gembira itu dikongsinya menerusi laman Instagram.
Terbaru, Nina telah mendedahkan wajah anaknya buat tatapan bersama. Malah, Nina turut berkongsi nama bayinya yang diberi nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin.
Selain itu, Nina telah mencipta akaun Instagram khas buat anaknya bagi berkongsi perkembangan semasa anaknya itu.
“Assalamualaikum, hi everybody. We would like to start our 2020 by introducing you to our Darling son, Muhammad Aaryan ar-Rizqin. He is 9 days old now. Kami doakan Rizqin membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh. InshaaAllah. Ameen. ♥️
– @ar_rizqin#AzlanJr#LuckyNumber9“, tulisnya.
Terdahulu, Nina Iskandar telah mendirikan rumah tangga bersama seorang penolong pengarah Azlan Adzanan pada April yang lalu dan mengadakan majlis resepsi pada 4 Ogos lalu di Forest Valley, Cheras.
Leave a Reply