Sharnaaz Ahmad Anggap Jenaka Kereta Terbang Sesuatu Yang Bosan, Buang Masa

Beberapa hari yang lalu, banyak tvlar di media sosial jenaka kereta terbang menjelang tahun 2020 dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Walaubagaimanapun, pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap perkara itu adalah membosankan.

Sharnaaz telah berkongsi perihal itu di laman Twitter miliknya. Menurutnya, orang ramai tidak harus menjadikan perkara itu sebagai bahan tawa namun sebaliknya berusaha untuk menggapai impian.

“Troll kereta terbang tu agak membosankan, dari buat lawak pasal kereta terbang, baik pikirkan dan usahkan mimpi yg kita hajati itu terbang menuju kejayaan.. let dream big rather make jokes of people dreams.. p/s car will fly, that is peoples dream too.. work it out geng…”, tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataannya itu.

 

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*