Setelah hampir dua minggu ‘overdue’, akhirnya penantian pelakon Yatt Hamzah berakhir apabila dia selamat menimang cahaya mata keempatnya pada 30 Disember lalu.
Yatt menerusi akaun Instagramnya bersyukur kerana bayi perempuan seberat 3.3kg itu dilahirkan secara normal dan kedua ibu dan anak berada dalam keadaan yang baik.
“Bismillahirrahmanirrahim.
.
Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pd 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam..🥰 Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaaa👼), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur @PUSRAWIOFFICIAL .
.
.
Terima kasih atas doa2 yg baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers..Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah..Aameen Ya Allah..
.
Terima kasih tak terhingga kepada pihak Hospital Pusrawi di atas servis dan layanan yg amat baik, terutamanya en Adib & team, Dr Asmah Yun, Dr Habibah dan semua staff jururawat yg banyak membantu Bonda dari proses check up hinggalah melahirkan. Hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..🤲❤
.
Paling bererti, terima kasih suami tercinta @zulfadhli_khiruddin yg sentiasa berada di sisi dari saat di emergency, di labour room ketika isterimu berjuang dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syr1a bersama team #mapim hanya utk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur..🤗🥰😍😘”, tulisnya panjang lebar.
Leave a Reply