[VIDEO] ‘Warehouse sale’ Cakenis, milik Hanis Zalikha dapat sambutan hangat! “Panjang giila beratur..”

Baru-baru ini, usahawan Hanis Zalikha ada berkongsi satu rakaman video di laman Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, kelihatan ramai pelanggan yang beratur panjang di luar ‘warehouse’ syarikat jenama tudung miliknya iaitu Cakenis.

Terharu dengan sambutan hangat dari pelanggan bersempena ‘warehouse sale’ yang diadakan, Hanis telah meluahkan rasa syukur atas sokongan ramai terhadapnya.

“Video ini yang buat nangis pagi-pagi tu. Terima kasih kepada semua yang sudi. Dan lagu ini ditujukan buat suami & team saya. Sambil nangis lagi.”, tulis Hanis.

 

Sekadar perkongsian, pada awalnya perniagaan ini telah dilakukan secara kecil-kecilan dari rumah namun setelah beberapa tahun, Hanis berupaya mengembangkan perniagaan dan memiliki syarikat sendiri serta beberapa orang pekerja.

Dalam pada itu, para peminat terkejut dengan ‘fenomena’ itu dan mengucapkan tahniah kepada isteri bintang Paskal itu.

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*