Seringkali kita melihat angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi cara-cara serta rutin dia mendidik dan membesarkan anaknya di Instagram.
Malah, orang ramai turut menjadikannya inspirasi dan sering bertanya soalan kepadanya.
Dalam kemas kini terbarunya di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi sebuah video beserta kapsyen mengenai perancangan yang dilakukan buat anak-anaknya sempena tahun baru yang bakal tiba.
Meskipun jadual kesemua anaknya disusun agak padat, beliau akan memastikan anaknya sentiasa gembira dan menikmati kesemua perancangan yang dilakukan.
Menurutnya, tujuan dia berbuat demikian adalah untk mengimbangi pelajaran anaknya tentang duni dan akhirat.
Antara perkara yang harus anak-anaknya capai setelah mencecah umur 7 tahun adalah khatam Al-Quran, fasih sekurangnya tiga bahasa, terlibat dalam seni membela diri, gimnastic, berenang dan banyak lagi.
Selain itu, Dr Sheikh Muszaphar turut meluahkan rasa syukur kerana anak-anaknya boleh mengikut jadual yang disusunnya.
Tambahnya lagi, kesepakatan antara suami isteri adalah kunci yang penting bagi memastikan anak-anak dapat yang terbaik dalam rutin harian mereka.
Di ruangan komen, ramai yang kagum dengan didikan Dr Sheikh Muszaphar malah ada yang bertanya pendapat perihal anak masing-masing.
Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar
Leave a Reply