Dato Fizz Fairuz Sah Almy Sedang Hamil Sembilan Minggu,”Hadiah New Year..”

Sempena penutup tahun 2019, pelakon Datuk Fizz Fairuz ada berkongsi satu berita gembira di akaun Instagramnya.

Kongsinya, Datin Almy Nadia telah disahkan hamil sembilan minggu. Lantas, bintang Kampung People itu menganggap itu adalah rezekinya dan keluarga.

“Hadiah new year.. hehehe penutup 2019.. amin rezeki allah.. kasih sayang utk anak2 tetap sama,takde setitik pun kurang.. amin.. #babynewyear2020 cc @almynadiaofficial“, tulisnya.

 

 

Menjenguk di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Sekadar info, Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 2014.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 10.

 

Sumber: Instagram Fizz Fairuz

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*