[VIDEO] “Sangat ‘multi-tasking..”, Rakam aksi Memey pegang telefon pakai kaki, perkongsian Norman Hakim buat ramai terhibur!

Menerusi laman Instagram pelakon Norman Hakim, dia ada berkongsi satu rakaman video telatah isterinya, Memey Suhaiza yang sedang mengenakan mekap di dalam kereta.

Namun apa yang mencuit hati ramai ialah apabila Memey dilihat memegang telefonnya menggunakan kaki sambil membuat review di Instagram.

Kagum dengan kebolehan isterinya, Norman Hakim akui kaum wanita sememangnya hebat dalam ‘multi-tasking’.

“Saya kagum betul dgn kaum hawa nih.Sangat ‘multi-tasking’
.
.

Contoh mcm isteri saya @memeysuhaiza .Selain dari hebat memasak & jaga anak,dia sangat dasyat menggunakan ‘accessories’ yg ada pd dirinya.Contoh mcm kakinya yg boleh digunakan sebagai stand kpd handphone dia sendiri & saya percaya handphone lain pun boleh pakai kaki dia jugak
.
.

Kalau nak tgk video ‘reality’,boleh swipe & kalau nak tengok video ‘expectation’, boleh tgk kat ig story @memeysuhaiza k
.
.

Saya percaya ramai kaum hawa kat sini pun mempunyai sisi kehebatan yg tersendiri.Cer share apa ‘multi-tasking’ paling dasyat yg korang boleh atau pernah buat?🧐”, kongsinya.

 

 

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah Memey yang bersahaja itu.

Sumber: Instagram Norman Hakim

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*