Setelah selesainya majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada 13 Disember yang lalu, kini Ain Edruce dan pasangan dilaporkan sedang berbulan madu di negara berprestij, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Edruce telah berkongsi beberapa momen bulan madunya di laman Instagram buat tatapan bersama dan kenangan.
“First time in dubai !
Kasi chance kak ain hanimun ye. ❤️🤣”, tulisnya.
Malah, Ain sempat bergambar dengan chef selebriti terkenal, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe ketika makan malam di restoran chef terkenal itu.
Sekadar perkongsian, Ain Edruce telah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan yang setahun muda darinya pada 13 Disember yang lalu di dalam sebuah majlis yang diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram Ain Edruce
Leave a Reply