Penampilan pelakon dan pengacara, Mira Filzah di Konsert Throwbaek yang berlangsung pada malam Isnin lalu telah berjaya menarik perhatian umum.
Pelakon Adelle Sofea itu telah tampil dengan pakaian berona hijau lumut serta sarung tangan yang menyerlahkan lagi penampilan menarik dirinya.
Busana tersebut telah direka khas oleh pereka fesyen Zaimi Zulkafli, masih mengekalkan gaya sopan tapi elegen buat si pemakai.
Mira turut berkongsi bebrapa keping fotonya di Instagram buat tatapan ramai.
“Konsert Throwbaek 2019, jam 9 malam ni di Astro Ria & Ria HD. #konsertthrowbaek2019“, tulisnya.
View this post on Instagram
Konsert Throwbaek 2019, jam 9 malam ni di Astro Ria & Ria HD. #konsertthrowbaek2019
Sebagai informasi, pada Konsert Throwbaek 2019, Mira telah dianugerahkan trofi Gadis Mekar Sepanjang Tahun sebagai penghargaan atas kejayaan pada tahun 2019.
Sumber: Instagram Mira Filzah
Leave a Reply