Gara-gara Mira dah kahwin, pondok bas jadi mangsa

Dah kenapa?? Kalau semua masih ingat, pondok menunggu bas di Alor Gajah yang pernah tvlar awal tahun lalu gara-gara Mira Filzah berkongsi gambarnya ketika berada di lokasi tersebut, sekali lagi menjadi perhatian.

Bagaimanapun, kali ini kisah pondok bas itu dijadikan jenaka pula oleh netizen yang kononnya kecewa kerana tidak dapat memenangi hati pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu yang baru melangsungkan pernikahannya di ibu negara malam Jumaat lalu.

Pemilik Facebook (FB) Zainal Abu Bakar menulis dia berharap kerajaan negeri Melaka, khusus Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dapat menukarkan papan tanda di pondok bas itu daripada Mira Filzah Was Here kepada Mira Filzah Is Married.

“Sedih hati ini bila terpandangkan pondok bas ini. Hati pun pvnah ranah.

“Setidak-tidaknya boleh tukarkan papan tanda itu kepada Wan Maimunah Was Here kerana saya pernah turunkan ibu Wan Maimunah di sini,” tulisnya.

Tulisan statusnya itu turut tular dan mendapat lebih 2,000 reaksi serta dikongsi 104 kali selain mendapat lebih 225 komen.

Pondok menunggu bas berkenaan menjadi tular apabila Mira Filzah menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu telah berkongsi gambarnya ketika berada di situ.

Disebabkan gambar yang dikongsi Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, ramai peminat mula mencari pondok bas terbabit untuk bergambar kenangan sebagaimana dilakukan pelakon itu.

Pondok berkenaan kemudian telah dibaik pulih dan dicantikkan semula MPAG yang kemudiannya diletakkan dengan papan tanda ‘Mira Filzah Was Here’ sebagai tarikan.

Tourism Melaka menerusi laman Facebook turut berkongsi beberapa keping gambar yang menyaksikan beberapa kakitangan sedang melakukan kerja-kerja pembaikan.

Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar, 30 pada 3 September yang lalu.

Sepanjang bergelar anak seni, Mira pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak dan Remy Ishak.

 

 

Sumber: Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*