Sandra masih kritikal, dikecualikan dari Big Stage 3

Peserta Big Stage 3, Sandra Diane yang terbabit dalam kemalagan semalam ketika menuju ke PICC untuk latihan penuh konsert Big Stage dilaporkan masih kritikal dan ditempatkan di Unit Raw4atan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Hey Kau’ masih tidak sedarkan diri dan tiada maklumat terpeinci mengenai situasi Sandra.

“Kami masih menanti maklumat terbaru daripada doktor. Namun, melihat keadaan dirinya yang masih tidak sedarkan diri, pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini. Pihak kami juga akan maklumkan perkembangan terkini Sandra dalam program Big Stage dari semasa ke semasa.

“Tiada penyigkiran terhadap Sandra akan dibuat walaupun dia tidak membuat persembahan malam ini,” demikian kata pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal yang memberitahu, pihaknya amat bersimpati dengan insiden yang menimpa penyanyi dan peserta program realiti Big Stage 3, Sandra Dianne dan berharap dia segera sembuh.

Emarina berkata, tema minggu keempat konsert Big Stage adalah Baby Bash di mana setiap peserta akan menyanyikan lagu mengikut tahun kelahiran mereka.

“Sepatutnya konsert malam ini Sandra akan mengalunkan lagu ‘Nuri’ nyanyian asal Ella. Apapun saya dan seluruh pasukan produksi Big Stage memohon doa peminat dan seluruh rakyat Malaysia supaya Sandra segera sembuh,” ujarnya.

Katanya buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*