Apa dah jadi? Setelah hampir 10 tahun bergelar anak seni, pelawak Shuib mengakui hidupnya tidak pernah sunyi dengan kec4man dan kr1tikan daripada netizen.
Menurut Shuib, kec4man yang ditulis netizen itu sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada keluarga terutama ibu serta isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

“Saya pernah kena hentam di media s0sial kerana beberapa isu… kalau saya salah cakap saya akui dan minta maaf, tapi bila dah viral orang akan terus bercakap.
“Saya terima k3caman itu dan tak cepat melatah… paling teruk emak dan isteri menangis dan bertanya mengenai isu tersebut sehingga saya terpaksa fahamkan mereka semula.

“Saya bila ada masalah akan rujuk semula dengan ustaz dan pakar motivasi untuk beri semangat kepada saya. Apa-apa pun kita percaya dengan ketentuan Allah dan yakin dengan apa yang kita buat!, ” katanya.
Semakin menempa kejayaan dengan bisnes madunya, Bee Factory, Shuib pernah meraih anugerah Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry dalam acara Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang lalu.

Sumber:mstar
Leave a Reply