Tolak tawaran berlakon, Arni Nazira pilih untuk ‘me-time’ dengan suami

Melihat wajah ayu dan lembut penyanyi serta pelakon popular era 90an, Arni Nazira, bagaikan tidak percaya personaliti ini sudah berusia 40an.

Walaupun sudah 11 tahun Arni Nazira menyepikan diri dari bidang seni,pesona bintangnya tetap terserlah.

Arni Nazira meningg4lkan dunia glamor setelah mendirikan rumahtangga dengan Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar pada tahun 2009.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahayamata iaitu Wan Muhammad Mua’dz (10), Wan Ayesha Maserra (8) dan Wan Muhammad Mushrief (5).

Terdahulu, Arni Nazira pernah berkahwin dengan penyanyi rock dan pelakon terkenal, Awie pada tahun 1998 namun perkahwinan itu berakhir pada Oktober 2006.

Mereka dikurniakan dua cahayamata iaitu Putri Aleeya Antasha yang kini berusia 20 tahun, dan Putri Aleefa Antasha berusia 18 tahun.

“Saya sekarang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa menguruskan keluarga dan hal-hal rumahtangga. Semuanya saya lakukan sendiri dan tak pernah ada pembantu rumah. Sejujurnya tawaran berlakon masih ada tetapi saya menolaknya dengan cara baik.

Alhamdulillah saya sangat bahagia dan selesa dengan kehidupan sekarang, apatah lagi suami memang suka saya tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap keluarga. Dulu ada juga perancangan untuk berbisnes namun tertangguh kerana tanggungjawab terhadap keluarga lebih utama.”

Ketika ditanya rahsia kebahagiaan rumahtangga nya, Arni memberitahu,

“11 tahun melayari bahtera rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Sebagai isteri kena banyak bersabar, bertolak ansur dan sentiasa berbincang. Saya dan suami suka berkongsi apa jua perkara termasuk masalah. Tak sembunyi apa-apa kalau ada tak puas hati. Masing-masing kena jujur demi kebaikan bersama. Alhamdulillah rezeki saya dikurniakan seorang suami yang boleh give and take, memahami, bertanggungjawab dan sehati sejiwa.

Kalau nak tahu me-time saya hanya dengan suami. Kalau ke mana-mana pun selalu berdua atau berlima dengan anak-anak. Keluarga adalah ‘harta’ dan segala-galanya buat saya. Setiap wanita ada cara me-time masing-masing. Namun bagi saya keluarga adalah terapi. Kalau sedih atau stres saya tetap perlukan suami di sisi.

Sebagai isteri dan ibu saya sentiasa ingin menjadi yang terbaik di mata suami serta anak-anak. Begitu juga hubungan saya dengan anak-anak bekas suami iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha, kami selalu berhubung. Kalau tak berjumpa kami akan berhubung melalui Whatsapp atau video call setiap hari.

Saya mendoakan agar mereka menjadi anak-anak yang soleh serta solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan kehidupan yang sebenar. Seterusnya menjadi insan yang berilmu. InshaAllah.”

Sekadar info ,bakat anak kelahiran Terengganu ini mula digilap menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Lagu nyanyian Arni Nazira berjudul ‘Cinta Antara Benua’ mula menjadi siulan sekitar tahun 1997. Manakala filem lakonan Arni Nazira ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).

Semoga Arni sentiasa bahagia bersama suami dan keluarga tersayang.

 

 

Kredit:n0na

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*