JAKARTA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun m4ut akibat terkena renjatan elektrik ketika asyik merakam video TikTok di bumbung rumahnya di Bekasi, Indonesia.
Remaja terbabit dilaporkan berada di atas bumbung bangunan tiga tingkat itu bersama tiga rakannya, dan ketika leka merakam video, telefon bimbitnya tiba-tiba terlepas dari genggaman.
Secara spontan, mangsa cuba mencapai telefon bimbitnya namun dia tidak bernasib baik apabila dia terpegang kabel elektrik yang berada berhampiran bumbung bangunan berkenaan.
Insiden itu menyebabkan sebahagian tubuh remaja itu terbakar dan berasap.
Mangsa dilaporkan meningg4l dunia serta-merta di lokasi kejadian.
Sementara itu, jurucakap polis Bekasi, Akta Wijaya mengesahkan kejadian itu dan jenazah mangsa dibawa ke Hospital Bekasi untuk b3dah siasat.

“Sebahagian tubuh mangsa hangvs terbakar terkena renjatan elektrik.
“Ya betul. Ketika kejadian mangsa berada di tingkat tiga rumahnya. Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa meningg4l dunia akibat renjatan elektrik ketika berusaha mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh antara kabel elektrik.

“Belum jelas ya. Berdasarkan keterangan saksi, setakat ini (penyebabnya) mangsa sedang bermain salah satu aplikasi di telefonnya,” jelas Akta.
Warga setempat bernama Isan Ferdian menceritakan kejadian itu berlaku jam 4 petang waktu tempatan.
“Belum jelas sama ada dia tergelincir atau mahu mengambil telefon bimbitnya. Mangsa dipercayai terpegang kabel elektrik dan meningg4l dunia,” katanya.
Sumber:HM
Leave a Reply