Jenama fesyen terkenal dUCk telah melancarkan koleksi terbaru yang mana menjalinkan kerjasama bersama Marvel.
Bukan sahaja koleksi tudung, malah sempena dengan Hari Bapa, dUCk turut melancarkan koleksi tali leher edisi khas Marvel.
Namun, tidak sampai 24 jam dilancarkan pihak dUCk secara rasmi mengumumkan penarikan semula jualan tali leher tersebut buat semua pelanggan lelaki mereka yang beragama Islam.


Ini kerana material tali leher yang diperbuat daripada sutera adalah haram dipakai. Bagi seorang lelaki Islam ,haram untuk memakai mana-mana pakaian mahupun perhiasan yang diperbuat daripada sutera.
Justeru itu, pihak dUCK akan memulangkan semula wang buat pelanggan yang sudah membeli koleksi ini dalam masa terdekat.
dUCK juga tidak akan meneruskan jualan tali leher tersebut dan akan mendermakan koleksi itu buat petugas barisan hadapan yang bukan beragama Islam sebagai hadiah Hari Bapa.
Seperti yang dijangka,tindakan dUCk menimbulkan pelbagai reaksi warganet.
Ada yang berpendapat oleh kerana pengasas dUCk ialah seorang Islam, masakan dia tidak mengetahui akan hukum agama Islam yang tidak membenarkan seorang lelaki memakai sutera.



Dalam pada itu ada juga yang memuji tindakan berani pihak dUCK yang mengakui kesalahan dan lebih terpuji apabila mereka sudi menghadiahkan tali leher itu kepada anggota barisan hadapan yang bukan beragama Islam.

Untuk rekod, dUCk melakar sejarahnya tersendiri sebagai jenama fesyen pertama di dunia yang berkolaborasi dengan Marvel.
Sumber:murai
Leave a Reply