Umum mengetahui pelakon kecil molek Sari Yanti baru sahaja menimang cahaya mata keempat. Sari Yanti dan suaminya, Jep Sepahtu telah berkongsi kegembiraan tersebut di laman media s0sial masing-masing.
Difahamkan Sari Yanti sebelum ini risau jika tidak dapat hamil lagi kerana dia hanya mempunyai satu tiub fallopian sahaja.
Sebenarnya sebelum dia mengandungkan Dariya Inara dua tahun lalu Sari Yanti pernah kegvguran lantaran mengandung luar rahim.


“Ketika baharu kahwin dahulu saya terpaksa dimasukkan ke hospital sebab kandungan luar rahim atau ect0pic.
Waktu itu kira macam bunting pelamin. Saya turun d4rah hari-hari dan asyik masuk h0spital sebab turun d4rah. Doktor suspek saya mengandung luar rahim dah ketika itu.
Kandungan tu kecil lagi tapi sebab dia membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan tiub fallopian tu pecah. Saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membvang tiub fallopian. Kandungan pun kecil lagi ketika itu dan keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan. Saya berpantang macam biasa sebab operate.

Alhamdulillah saya ingatkan susah nak mengandung selepas tiub fallopian tinggal satu sahaja. Tapi bila saya mengandung saya syukur sangat-sangat kerana Allah SWT nak bagi juga rezeki kepada kami suami isteri,” kongsi Sari Yanti ketika sedang mengandungkan Dariya Inara dahulu.
Sari Yanti diijabkabulkan dengan pelawak terkenal Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.
Melalui perkahwinan terdahulu, Sari Yanti sudah memiliki dua orang putera, Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Selamat berpantang Sari!
Sumber: Nona
Leave a Reply