Dikhabarkan muflis, Laudya Cynthia Bella jual rumah RM3.6 juta

Belum pun reda gosip keretakan rumahtangganya bersama Engku Emran sekali lagi kisah Laudya Cynthia Bella menjadi bualan hangat peminatnya.

Menerusi laporan Tribunnews, Laudya dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya dan kini sedang dalam proses menjual kediaman mereka yang terletak di Jakarta Selatan.

Dalam entri terkininya di Instagram, Bella cuma menulis secara ringkas,

Terdapat khabar angin mendakwa dia terpaksa menjual rumah tersebut kerana dikhabarkan muflis.

Sementara itu, jiran tetangga di kawasan perumahan tersebut memberitahu mereka ada melihat beberapa orang calon pembeli meninjau kediaman berkenaan.

Difahamkan kediaman mewah itu dijual dengan harga kira-kira RM3.6 juta.

“Kelmarin saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo… tapi tak jadi, halamannya kecil,” kata Titi Hayati menerusi Youtube Indosiar.

Dalam pada itu, seorang lelaki yang diberi tanggungjawab melakukan pengubahsuaian kediaman Laudya enggan mengulas lanjut mengenai berita tersebut.

“Kalau fasal dia bankrap itu saya kurang tahu,” katanya yang hanya mengikut arahan memperbaiki kediaman tersebut.

 

 

 

 

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*