Gambar sekadar hiasan
Hospital di Indonesia terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan di rumah m4yat selepas ramai sanak saudara melarikan m4yat mangsa C0vid-19 kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka.
Jurucakap polis tempatan, Ibrahim Tompo, berkata,ada ahli keluarga pesakit C0vid-19 merampas secara paksa m4yat yang sudah sedia dikebumikan mengikut protokol virvs.
“Sekurang-kurangnya 33 individu ditahan dan mereka berdepan tujuh tahun p3njara kerana melanggar peraturan kuarantin kesihatan.
“Bagi mengatasi masalah sama berulang, pihak berkuasa Makassar meletakkan lebih banyak kakitangan untuk mengawal hospital tempatan,” katanya.
Menurutnya, lebih memburukkan keadaan apabila tersebar khabar angin mendakwa beberapa m4yat dijadualkan dikebumi segera walaupun meninggal dunia kerana penyakit yang tiada kaitan dengan C0vid-19.
“Ini menyebabkan keluarga dan penduduk tempatan marah. Jadi, mereka memutuskan untuk mengambil m4yat secara paksa untuk dibawa ke rumah,” katanya.
Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa di Surabaya berkata, empat individu ditahan selepas saudara-mara merampas m4yat yang disyaki mangsa virus itu dari hospital tempatan.
Untuk rekod, susulan penularan C0vid-19, pihak berkuasa Indonesia menetapkan, mangsa C0vid-19 mesti dibalut dengan plastik dan dikebumikan segera bagi mengelakkan penularan virvs.
Tindakan itu kurang disenangi saudara-mara mangsa terutama yang beragama Islam, kerana tidak boleh memandikan dan mengkafankan jenazah sebelum dikebumi mengikut tuntutan agama.
Kerajaan juga menetapkan, keluarga di negara majoriti penduduk Islam itu juga tidak dibenarkan berkumpul atau berada lama di tanah perkuburan ketika myat mangsa dikebumikan.
Sumber:HM
Leave a Reply