Rahsia Mat Sentol kekal sihat di usia 87 tahun

Walaupun usianya menginjak 87 tahun, namun Abd Rashid Yahaya pelakon veteran yang lebih dikenali sebagai Mat Sentol masih kekal sihat.

Pelakon yang popular dengan filem Mat Tiga Suku pada 1967, mesra dengan panggilan Pak Mat juga tidak mempunyai penyakit kr0nik lain.

Mat Sentol berkata, dia gemar memakan sayuran dan tidak suka mengambil makanan segera.

Selain pemakanan yang baik dan dijaga rapi, pelakon ini juga gemar berjalan kaki untuk ke satu-satu lokasi.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya memang suka berjalan kaki. Malah berjalan kaki untuk ke satu-satu tempat berurusan berdekatan Larkin berbanding menaiki kenderaan.

“Saya sihat, tidak ada penyakit, mata pun masih nampak lagi”, katanya ketika ditemui di kediamannya di Larkin, di sini.

Mat Sentol tinggal bersama isterinya, Jamilah Kasri, 71, dan dua anak lelaki yang menjaga segala kebajikan mereka berdua iaitu, Roslee Rashid, 58 dan Roswan Abd Rashid, 37.

Walaupun tidak lagi muncul di layar Perak, Mat Sentul berkata, dia kini aktif dalam penulisan skrip.

“Ada buat skrip macam-macam …tak boleh beritahu, rahsia. Selain buat skrip tangan letak tongkat dagu…termenung (ketawa).

“Sukalah ada artis muda melawat, besar hati bila mereka hendak datang di rumah saya.

“Sihat tetapi umur macam ini kadang-kadang tidak kuat, umur sudah 87. Kalau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad orang nampak cakap macam adik-beradik”, ujarnya berseloroh.

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*