ORANG ramai diminta supaya menghentikan penyebaran video apabila ada dakwaan yang mengatakan terdapat orang awam yang menyamar menjadi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pemeriksaan di kawasan Bukit Subang, Shah Alam.
Bagaimanapun, KKM mengesahkan bahawa individu terbabit adalah kakitangan mereka.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung isu itu semalam.

“Polis menjalankan siasatan mendapati ia adalah salah faham antara pengadu dan pihak yang hadir di lokasi rumah pengadu, di mana nombor pendaftaran yang diviralkan adalah salah dan tidak tepat sehingga wujud kenderaan yang lain.
“Tiga orang individu yang diviralkan itu memang disahkan sebagai kakitangan KKM dan kenderaan itu adalah milik Kementerian Kesihatan Daerah Petaling.
“KKM sudah membuat laporan polis hari ini dan mengesahkan kehadiran pegawai KKM di lokasi bagi pemantauan PUI C0vid-19, semalam, kira-kira 2.00 petang,” katanya.

Justeru itu katanya, polis berharap semua pihak menghentikan sebarang penyebaran gambar dan viral berkaitan isu terbabit.
Sumber:HM
Leave a Reply