Sambut Nuzul Quran tahun ini dengan normal baharu

KUALA LUMPUR: Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena Nuzul Quran.

Pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan di seluruh negara bagi mengenang kembali sejarah turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, tahun ini ternyata berbeza, dalam keadaan negara dilanda pandmik C0VID-19, pastinya perhimpunan ramai untuk menganjurkan kelaziman itu tidak boleh dilakukan.

Ia berikutan negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendvng pandmik m4ut itu daripada terus menvlar.

Namun, situasi itu bukan alasan untuk umat Islam negara ini tidak meraikan sambutan itu, sebaliknya ia diraikan dengan normal baharu, iaitu tadarus al-Quran dilakukan secara sendiri, dalam talian atau bersama keluarga di rumah masing-masing, sekali gus menghayati kemuliaan Ramadan.

Beberapa negeri mengeluarkan kenyataan tiada sebarang sambutan Nuzul Quran di negeri masing-masing, dengan umat Islam di Johor digalakkan untuk terus bertadarus dan khatam al-Quran secara sendiri atau bersama keluarga di rumah masing-masing.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, berkata keputusan untuk negeri Johor itu selaras titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebelum ini, iaitu aktiviti di masjid, surau serta musola di negeri itu ditangguhkan bagi meng3kang penvlaran C0vID-19.

Seiring untuk mengimarahkan Ramadan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyediakan tazkirah Ihya Ramadan setiap hari untuk orang ramai yang boleh ditonton menerusi laman Facebook jabatan itu, katanya.

Keputusan sama juga dilakukan di Pulau Pinang apabila Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Zulkifli Long menggalakkan umat Islam negeri itu melakukan amalan beribadah bersama ahli keluarga di rumah.

Zulkifli berkata, ia dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan sempena dengan penghayatan peristiwa Nuzul Quran.

“Semua program perhimpunan keagamaan ditanggvhkan selaras dengan arahan kerajaan.

“Orang ramai dimohon sama-sama beribadah dengan ahli keluarga di rumah dengan melakukan solat fardu berjemaah, melakukan tiga amalan, iaitu tarawih, tadabbur dan tahajud (3T),” katanya.

Bagi Kedah pula, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh, berkata sambutan tetap bermakna apabila ibu bapa dapat membaca al-Quran bersama anak-anak sekali gus boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“PKPB ini ada hikmahnya apabila kita dapat menumpukan ibadah lain seperti solat tarawih, bersedekah dan memperbaiki amalan sunat lain terutama 10 malam terakhir Ramadan nanti,” katanya.

Keadaan sedikit berbeza di Pahang, apabila sambutan Nuzul Quran pada Ahad akan dibuat secara siaran langsung menerusi stesen radio Pahang FM dan laman s0sial Facebook Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), bersesuaian dengan normal baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata pelbagai program disusun sepanjang hari termasuk ceramah dan soal jawab agama serta tadarus al-Quran oleh individu dipilih JAIP.

“Meskipun dengan penvlaran wabak C0VID-19, urusan dakwah tidak akan
terh4lang, cuma ia akan dilakukan dengan pendekatan yang sedikit berbeza.

“Tahun ini, kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai tetapi program pengisian yang biasanya kita anjurkan akan diteruskan,” katanya.

Program akan dimulakan dengan ucapan Syed Ibrahim diikut ceramah bertema Nuzul Quran oleh Imam Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Datuk Badli Shah Alauddin, selain ceramah Imam Masjid Daerah Bentong, Fahizmi al-Hafiz dan diikuti siaran tadarus al-Quran serta tahlil.

Sumber: BERNAMA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*