Seorang pengguna media s0sial berkongsi pengalaman misterii mengenai rumah peninggalan arw4h nenek nya yang sudah lama kosong tetapi didapati terang benderang pada satu malam.
Berikut ialah perkongsiannya:-
“Dah hampir lima hingga enam tahun tak balik rumah arw4h Tokmak. Tiba-tiba abang potong rumput hantar ni. Padahal bil api air semua dah kena p0tong,” tulisnya yang merujuk kepada lampu dapur rumah berkenaan dipasang meskipun tiada penghuni.

Perkongsiannya di laman s0sial menjadi tvlar sehingga menimbulkan perasaan seraam dalam kalangan netizen, dengan pelbagai andaian dan tafsiran dibuat.
Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Noor Shakina Ismail tampil menjelaskan bahawa rumah aruah neneknya yang dipanggil Tokmak itu tidak berpenghuni selama bertahun-tahun, malah sebelum nenek sebelah ibunya itu meningg4l dunia kira-kira empat tahun lalu.
Gadis berusia 25 tahun itu memberitahu, ini kerana adik-beradik ibunya seramai lapan orang telah berkeluarga dan masing-masing mempunyai rumah sendiri.

“Sebelum arwah Tokmak meningg4l, dia duduk di rumah keluarga saya di Kuala Lumpur. Jadi Tokmak memang duduk di Kuala Lumpur bersama anak-anaknya secara bergilir.
“Selepas pemergian Tokmak, rumah itu jarang sekali dijenguk. Kami akan datang bila ada musim buah, kadang-kadang ada juga masuk rumah periksa semua, sambil bersihkan kawasan persekitaran.
“Bekalan air dan api memang tidak disambungkan kerana selalu melawat sekejap sahaja. Sebelum ni, semuanya baik-baik sahaja, tiada yang pelik-pelik berlaku,” katanya kepada mStar sambil menambah rumah arw4h Tokmaknya ialah di Johor.
Shakina berkata, gambar-gambar tersebut dihantar pada malam Rabu lalu oleh seorang pemuda yang tinggal di kawasan sama, yang mana dia diupah untuk memot0ng rumput di rumah arw4h neneknya itu setiap bulan.
Menurutnya, pemuda yang disapa sebagai ‘abang’ itu bagaimanapun mendedahkan dia tidak memot0ng rumput di rumah tersebut sejak dua bulan lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kira-kira pukul 10.22 malam, abang potong rumput rumah arw4h Tokmak hantar WhatsApp kepada makcik saya bertanyakan jika ada sesiapa yang pulang ke rumah.
“Masa tu dia baru lalu depan rumah arw4h Tokmak dan terkejut melihat lampu dapur terbuka. Memandangkan dah lewat malam, dia tak berani untuk masuk dan periksa.
“Dia kebetulan lalu di situ sebab nak balik ke rumah dia memang akan lalu depan rumah arw4h Tokmak,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Menurut Shakina, kejadian itu menimbulkan tanda tanya apabila tiada adik-beradik ibu yang pulang ke rumah berkenaan selepas ditanya menerusi grup Whatsapp.
“Jadi semua pelik macam mana lampu boleh terbuka. Jadi pakcik dan abang saudara saya membuat keputusan untuk periksa sendiri apa yang berlaku malam itu juga.
“Takut juga jika ada yang masuk tanpa diundang dan bermacam-macam yang bermain dalam fikiran,” katanya.
Berdasarkan pemeriksaan, katanya, rumah tersebut tidak mempunyai kesan dipecah masuk mahupun tanda-tanda dimasuki atau dihuni penagih dadah.
“Alhamdulillah tidak nampak seperti rumah dip3cah masuk atau dipenghuni mat d4dah. Tapi kejadian lampu terbuka masih menjadi tanda tanya kami sekeluarga,” katanya.
Shakina memberitahu, bapa saudaranya tidak memasuki rumah pada malam kejadian kerana tidak mempunyai kunci utama dan hanya memeriksa dari luar tingkap dapur.
“Lampu dapur masih terpasang. Ikutkan logik memang elektrik dah p0tong sebab bil tertvggak banyak. Makcik pernah masuk rumah sebelum ni awal tahun, cuba buka lampu ruang tamu tapi tiada elektrik.
“Ada juga jiran cakap lampu tu seperti sensor, ada hari buka ada hari tak. Sedangkan rumah tu tak buat sensor pun.
“Sekarang tak pasti lampu masih terpasang atau tidak. Ingat nak datang periksa minggu depan,” katanya sambil menambah ibu saudaranya kini berurusan dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) berhubung kejadian.
Susulan kejadian itu, Shakina berkata, adik-beradik ibunya merancang untuk membuat bacaan Yasin bersama keluarga selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir.
“Famili kami memang sangat besar dan rapat. Alhamdulillah hubungan semua adik-beradik ibu baik-baik. Family bonding kami sangat kuat. Cuma tulah, kami jarang berkumpul di rumah arw4h Tokmak,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:mstar
Leave a Reply