Pesan Allahy4rham TG Ismail Kamus: Amalkan sunguh-sungguh 5 doa ini setiap hari

Saya teringat di beberapa kuliah Allahy4rham Tuan Guru Ismail Kamus, beliau berpesan tentang doa yang kita kena usahakan minta pada Allah swt paling kurang sehari sekali atau paling baik setiap kali lepas solat fardhu.

Saya kongsikan pada kalian 5 doa yang paling banyak diulang oleh Tuan Guru kepada kami, insyaAllah.

Doa pertama,

“Ya Allah, kurniakan pada aku / kami taufik & hidayah sepanjang masa aku hidup & jangan tarik nikmat ini hingga aku m4ti”.

Apa guna hidup kita tanpa taufik & hidayah? Itu adalah kerugian paling nyata.

Doa kedua,

“Ya Allah, jadikan aku ini mencintaiMu & cinta kepada orang yang cinta kepadaMu”. Orang paling cintakan Allah adalah Rasulullah saw, disusuli para sahabat & para ulama.

Pasti seronok dapat bercinta dengan Rasulullah saw kan?

Doa ketiga,

“Ya Allah, gerakkan lidahku, hatiku untuk meminta ampun padaMu pada saat Kau bukakan pintu langit untuk terima permohonan ampun & maaf hambaMu”. Salah satu waktu Allah swt buka pintu langit adalah waktu sepertiga malam.

Mudah-mudahan Allah swt bangunkan kita untuk tahajjud setiap malam

Doa keempat,

“Ya Allah, m4tikan aku dengan husnul khatimah & Engkau redha padaku & aku redha padaMu”. Tiada siapa mampu menentukan kem4tiannya. Kita mohon saja kem4tian kita itu baik. Tiada yang lebih baik dari m4ti baik kerana setelah itu tiada lagi m4ti untuk kita.

Doa kelima,

“Ya Allah, makbulkan doaku pada bila-bila masa aku mohon padaMu”.

Siapa tak mahu rasa doanya diterima & makbul bila diminta. Dan doa makbul itu ada masanya dibuka Allah swt. Mudah-mudahan dengan doa ini, Allah swt gerakkan kita untuk berdoa setiap kali pada waktu Dia buka pintu penerimaan doa hambaNya.

Mudah-mudahan 5 doa ini Allah swt gerakkan kita untuk istiqomah berdoa sekurangnya setiap kali selepas solat fardhu.

 

Moga ia menjadi manfaat buat kita semua di dalam berhubungan dengan Allah swt, sehingga cinta yang kuat timbul di dalam hati kita kepada Allah swt & Rasulullah saw.

Amin Ya Robbal a’lamin..

Kredit : M Firdaus Baharuddin

#Share ilmu ini utk peringatan semua.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*