Nak buat side income? Ini 3 contoh ‘content’ video biasa-biasa tapi dapat jana duit guna YouTube

Selalunya kita suka-suka ambil video dan upload di media s0sial, dengan niat simpan untuk kenangan.

Tapi inilah dia yang disebut..rezeki tak pernah salah alamat. Siapa sangka, video yang nampak biasa-biasa dimata kita ni pun sebenarnya boleh menaikkan jumlah subscriber dan lantas menjana pendapatan tanpa sengaja!

Itu yang dikongsikan seorang jejaka bernama Ibrahim Embong ini dalam Facebook beliau hingga mendapat ribuan komen dan perkongsian warganet.

Berikut antara 3 video berkenaan yang dibuktikan oleh Ibrahim:

1. Masak-masak Sugu Pavitra

Masa mula-mula video dia ni, Subscriber baru 100 orang lebih macam tu.

View video pertama ikan talapia bakar dia baru dalam 300 lebih macam tu saja.

Ni 3 bulan yang lalu.

Sekarang subscriber dia dah 100k lebih dah dan setiap video yang dia upload view mesti puluhribu tontonan! 

Dia bernama Sugu Pavithra. Suri rumah berbangsa india Malaysia yang tinggal dikampung hanya rakam video suka-suka untuk dikongsikan.

Masak untuk keluarga sahaja.

Dia fasih berbahasa melayu menjadikan video dia yang rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton.

3 minggu yang lalu, dia dapat surat dari google dimana youtube bayar dari video dia.

Haaa.. Nampak tak? Dah dapat income dari Youtube. Tak perlu pandai sangat pun. Rakam dan upload saja.

Siapa yang hari-hari masak kat rumah tu, buat satu Channel Youtube dan upload la apa yang korang masak.

Tak rugi apa pun. Mana tahu lepas dua tiga bulan upload, boleh dapat duit.

Tapi nak bagi orang nampak video kita, belajarlah buat headline dan discription yang betul.

Baru lah orang jumpa video kita dan tengok,” kongsi Ibrahim.

2. Video tangkap ikan, ketam

“Nak buat YouTube tapi tak pandai nak edit laaa…”

Ramai jugak yang ditemui oleh Ibrahim katanya memberitahu sedemikian.

Siapa kata kena pandai edit untuk mula buka Channel Youtube?

“Ada video lelaki nelayan ni aku tengok. Dia upload video dia tangkap ikan lah, tangkap ketam lah.

Video dia haram tak edit.. Apa yang dia rakam, itu yang dia upload.

View video dia PULUH RIBU ke RATUS RIBU weyhh..

Audio pun out. Tengok berapa subscriber dia sekarang?

Sekarang dah pandai edit sikit berbanding awal dulu.

Aku rasa income dia kat youtube lagi banyak dari dia tangkap ikan.

Rakam dan upload saja untuk permulaan.

Nak daftar login pun pakai GMAIL sahaja. Lepas tu dah boleh masuk setup channel.

Upload gambar profile. Banner letak je apa pun dulu.

Lepas tu upload video. Masukkan Headline dan Description. Then upload.

TAPI untuk buat orang tau video kita upload ni, buatkan Headline dan Description yang menarik perhatian.

Barulah view naik,” tulis beliau di Facebook.

3. Video angkat sawit pun boleh…

Rakam video buat kerja angkat buah sawit dan kait kelapa sawit sahaja view beribu-ribu hingga sampai ratus ribu!

Dengan YouTube bernama Dimas Pratama, beliau yang merupakan orang Indonesia yang bekerja di Malaysia, mempunyai 153k Subscriber.

Perghh! Korang tau apa dia buat?

Hanya rakam video dia buat kerja kait buah kelapa sawit sahaja dan naikkan kelapa sawit atas lori.

Sebab itulah kerjanya setiap hari. Ada 388 video dia upload kebanyakannya angkat kelapa sawit.

Cara edit pun biasa-biasa sahaja dan rakam menggunakan handphone.

Dia juga merupakan Youtuber Sawit pertama mendapat Silver Play Button. Haaa.. Jangan main-main gaiss..

Video yang dia hasilkan, dia masukkan sekali dengan lagu. Konsisten upload. Tak perlu nak buat video cantik cantik.

Kalau dia boleh, korang pun boleh. Apa sahaja kerja yang korang buat setiap hari, rakam dan upload sahaja di Youtube,” katanya.

Mana tahu nanti jadi income macam Dimas Pratama, coret Ibrahim lagi.

Menurutnya, kunci utama adalah rakam dan upload secara konsisten bukan sebab duit tapi nak kongsikan apa yang korang buat.

Bila banyak views, lepas tu baru income datang kemudian.

Apa pula yang anda nak rakam? Yang penting jangan video yang tidak-tidak seperti menyentuh sensitiviti sudah ya…

Selamat mencuba!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:SinarHarian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*