Ini Nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar Kepada Rakyat Selepas Penularan cor0-navirus.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan orang ramai supaya sentiasa mengambil maklum arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa berhubung penularan cor0-navirus.

Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook rasmi baginda turut menitahkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan susulan penularan wabak coro-nav-irus ketika ini.

“Saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat dan berharap keadaan akan pulih seperti sedia kala,” titah baginda.

Petang tadi, kerajaan negeri dilaporkan akan menangguhkan semua program perhimpunan awam berskala besar anjurannya sepanjang Februari bagi mengelak risiko penularan coro-navi-rus.

Antara program berskala besar ditangguhkan ialah Festival Layang-Layang Antarabangsa (26 Februari-1 Mac) dan Karnival Semarak Juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 (15 Februari).

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, dilaporkan berkata langkah itu bagi mengelak penularan coronavirus menjadi lebih serius.

Kenyataan Penuh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SULTAN IBRAHIM MAHU RAKYAT SENTIASA JAGA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah menasihatkan orang ramai sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan susulan penularan wabak coronavirus ketika ini.

“Saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat dan berharap keadaan akan pulih seperti sedia kala,” titah Baginda Tuanku Sultan.

DYMM Sultan Johor bertitah demikian kepada kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (5 Februari).

Baginda Tuanku Sultan turut bertitah orang ramai supaya sentiasa mengambil maklum arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa berhubung wabak berkenaan.

Rata rata rakyat suka dengan kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. ini Komen netizen

Sepat Laga DAULAT TUANKU!!! terima kasih TUANKU.kami sbgai rakyat sentiasa mnjaga kbrshan diri dn sekitar tp sjk krjaan baru nie mmrintah kawasan kami di tmn munshi ibrahim, tmn johor, tmn bkt mewah dn sekeliling kami byk nyamuk. aktiviti kerja2 forging dh x dijalan kn lagi sprti dulu di perumahan flat, rumah kos rendah.terlalu byk nyamuk waktu malam.yg kami nmpk loji di kawasan tmn munshi ibrahim tdk beroperasi dn mnjadi tmpt dn sarang pembiakan nyamuk.stkt ini blum nmpk ade ape2 pmantauan dilakukan. sampah pukal jgk tdk diangkat dgn betul kalo dulu ade lori SWM angkt jika kami longgokn diphjung jln besar skrg smph pukul itu di biarkan shja.

Silvarajah Ramaiyah Daulat Tuanku.. berbanyak banyak terima kasih Tuanku. Keperhatian Tuanku terhadap rakyat memang amat diharagi, begitu juga pada Tuanku pls take care… always love you… Rajah Muar.

Kamsiah Misya Daulat Tuanku.. Sembah patik harap diampun.. Terima kasih atas peringatan Tuanku Moga Allah berkati Johor dan Allah peliharakan Tuanku Sultan… Aamiin…

Pakguru Adimas Bismillah Hirohman Nirohim. Penyakit Coronavirus ini ialah satu kezaliman yang datang dari perbuatan kita sendiri. Satu peringatan yang keras dari Allah swt bahawa Allah swt sangat benci kan orang2 yg suka berbuat perkara yang HARAM. Bagi mereka yang takut kepada azab Allah swt pasti akan ikut hukum2 Allah swt dengan sebaik baiknya. Terima kaseh Tuanku atas peringatan dan nasihat. Semoga semua selamat dari penyakit ini.

 

Sumber : BHARIAN ONLINE / FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*