“Kenapa Pusing Sana Sini Isu Sajat” – Riezman Khuzaimi ‘sound’ mufti kelantan

Ramai naik jelak dengan kontroversi membabitkan maknyah Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Bukan apa, kita di sini bising-bising dengan mufti-mufti mengeluarkan kenyataan masing-masing. tapi usahawan yang popular dengan nama Nur Sajat itu masih aman ‘beribadat’ di sana.

Terbaru, Riezman Khuzaimi meluahkan kekesalannya berhubung isu Sajat berpakaian wanita ketika berada di Tanah Suci.

Menerusi Instagramnya yang memuat naik paparan skrin tajuk Awani berhubung isu itu, Riezman menegaskan isu yang dibangkitkan adalah tindakannya menyerupai wanita, bukan soal ibadatnya sah atau tidak.

Kredit foto: IG

“Apa masalah sekarang ni? Faham soalan tak? Isu sekarang bukan isu Sah atau tidak! Syarat sah memang kena tahu sebagai seorang Islam.

“Kita bercakap pasal Sajat (seorang) lelaki menyerupai wanita yang tentunya dilaknat1i Allah. Kenapa pusing-pusing isu?” pertikainya.

 

Kredit foto: IG

Ramai menyokong perkara dibangkitkan Riezman itu, namun segelintir pengguna menganggap aktor itu hanya meluahkan pandangan hanya berdasarkan pada tajuk video AWANI berhubung penjelasan Mufti Kelantan berkenaan isu Sajat. – CARI

Ramai Tanya Sah Atau Tidak Ibadat Umrah Sajat Kerana Berpakaian Wanita. Ini Jawapan Mufti Kelantan

” Isu dia (Muhammad Sajad) berpakaian wanita itu adalah kesaIahan lain. Jika melihat dari segi ibadat, umrah dia adalah sah selagi dia menutup auraat dan cukup syarat”

Demikian penjelasan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang berkata, ibadat umrah ahli perniagaan Sajat sah jika umrah yang dilakukan itu mencukupi syarat.

Meskipun Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman berpakaian seperti wanita ketika berada di tanah suci, namun ia tetap sah.

” Sebagai contoh leIaki solat dengan memakai pakaian cuuri, ibadat solatnya masih sah namun tindakannya yang mencuri itu tetap hram. Ianya dua perkara berbeza,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di Kota Bharu, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, sepanjang ibadat umrah yang dilakukan itu, Muhammad Sajad melanggar tiga perkara iaitu tidak patuh dan taat kepada Allah SWT selain tidak taat kepada peraturan yang ditetapkan.

” Jika kita melanggar tiga perkara itu ketika menunaikan ibadat umrah, Allah tidak akan reda. Sekarang ini ramai yang mengatakan hak asasi manusia dengan mempertahankan tindakan dia (Muhammad Sajad).

” Dalam Islam, hak asasi itu terpakai kepada mereka yang berada dalam fitrah sahaja. Jika seseorang itu hidup diluar fitrah iaitu menjadi wanita sedangkan dilahirkan sebagai leIaki, bermakna dia sudah tidak hidup secara fitrah.

” Jadi apa yang dilakukan Muhammad Sajad itu sudah melanggar ketiga-tiga elemen berkenaan sepanjang di Makkah selain tidak hidup secara fitrah. Maka Allah tidak akan reda,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, apabila Muhammad Sajad menunaikan umrah, masyarakat mengharapkan dia mendapat keinsafan dan kembali ke pangkal jalan.

Namun katanya, tindakan yang dilakukan itu turut menjejaskan imej negara yang selama ini sentiasa dipuji sebagai jemaah yang berdisiplin.

” Ini kejadian pertama yang memecah disiplin negara. Justeru, kerajaan perlu tangani masalah ini sebagaimana doktor yang merawat pesakit.

” Nasihat saya misi hidup kita adalah merasa perhambaan diri kepada Allah, jadi semua pihak harus menyedari misi hidup. Jangan lari dari misi hidup,” katanya.

Semalam, agensi yang membawa ahli perniagaan kntroversi, Muhammad Sajad mengerjakan umrah, mengesahkan ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.

Ia susulan kntroversi usahawan kosmetik itu mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan terbabit selepas ia menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.

Bagaimanapun perkongsian terbaru PU Amin pula menjelaskan sebaliknya apabila jemaah wanita di bawah kendaliannya ternampak Sajat dan kawan-kawannya masih ada di tanah suci dan masih memakai telekung ketika melakukan Saie.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*