Mira Filzah penyuntik semangat pelajar untuk cemerlang SPM

BUKAN sahaja cantik dan popular, malah pelakon Mira Filzah juga adalah antara wanita yang pintar atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.

Di usianya kini 27 tahun dan baru saja melangsungkan perkahwinan dengan pujaan hatinya, Wan Emir Astar, Mira boleh dianggap sebagai golongan seni yang memiliki segala galanya.

Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010.

Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon pusat tusyen PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini .

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM.

“Kejayaan cemerlangnya dalam akademik dan posisinya sebagai ikon juga jelas memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak.

“Mira selama ini juga terus berperanan menyvntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik,” kata Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd.

Ujar Cikgu Fana lagi atau nama sebenarnya Siti Farhana Abu Osman, pihaknya dan Mira sendiri percaya sesuatu perkara bermanfaat itu wajar dikongsi untuk semua terutama bakal calon SPM.

Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar.

“Perkahwinannya baru baru ini juga tvlar. Ada saja cerita perkahwinannya yang dikongsi di media s0sial.

Pendek kata, Mira mempunyai aura dan impak besar. Lalu dengan kejayaan diraihnya sewaktu belajar dan menduduki SPM hingga kini menempa nama sebagai anak seni, kita turut mahu lebih ramai lagi pelajar SPM berjaya sepertinya.

“Dengan apa yang dilalui dan dicapainya kini, Mira secara tidak langsung dianggap sebagai ikon yang memberi inspirasi dan simbolik semangat kepada ramai orang,” ujar Cikgu Fana lagi.

Sumber: Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*