“Penyanyi Romancinta masih hidup…” – Aweera sindir siapa tu?

PENYANYI  Aweera mengaku terkilan apabila terdapat  pihak yang sering menggunakan penyanyi lain untuk menyanyikan lagu yang sudah sinonim dengannya iaitu Romancinta.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham,29, meluahkan tindakan itu seolah-olah menidakkan dirinya sebagai penyanyi asal.

“Saya bukannya m4rah, cuma ada sedikit rasa terkilan apabila perkara ini berlaku.

“Saya tak salahkan artis-artis lain yang menyanyikan semula lagu Romancinta kerana itu semua keputusan produksi. Lagi pun itu bukan lagu ciptaan saya dan saya hanya penyanyi asal lagu tersebut.

“Sudah banyak Kali saya lihat ramai penyanyi bawa lagu Romancinta untuk program televisyen, seolah-olah penyanyi asal lagu ini sudah m4ti.

“Kadang-kadang ia seperti tribute sedangkan penyanyi asal masih ada. Saya tak m4rah cuma agak kecewa kenapa semua ini berlaku,” jelas Aweera.

Menurut Aweera, hubungannya dengan komposer lagu Romancinta, Edry dan kumpulan Mojo juga tiada mas4alah.

“Dalam masa yang sama, umum tahu yang hubungan saya dengan Edry dan Mojo sudah lama jernih. Kami tiada sebarang mas4lah.

“Perkara yang lepas sudahpun dilupakan dan kami masih berhubung baik. Ini kerana saya sedar, tanpa Mojo saya tak terus dikenali dalam industri.

“Begitu juga dengan sokongan media dan peminat, tanpa sokongan mereka, siapalah saya.

“Terima kasih kepada peminat yang masih ingat penyanyi asal lagu Romancinta walaupun ada pihak yang menganggap saya sudah tidak wujud.

“Saya masih ada dalam industri ini dan saya boleh menyanyikan lagu itu secara live.

“Saya mahu tegaskan sekali lagi, saya tidak marahkan siapa-siapa cuma sebagai penyanyi asal lagu, saya ada sedikit rasa terkilan. Itu saja,” ujarnya yang tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi sekadar meluahkan perasaan.

Menerusi laman Instagramnya, Aweera meluahkan rasa terkilan apabila ramai penyanyi lain dipanggil untuk menyanyikan lagu yang dinyanyikannya.

Pada tahun 2012, Aweera pernah jadi vokalis dalam kumpulan Mojo selama dua tahun. Selain Romancinta, Mojo juga popular dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi.

Mojo pernah meraih anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012 manakala lagu Andaiku Bercinta Lagi telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Juara Lagu 2012.

Di peringkat antarabangsa, Aweera telah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013, juga melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.

Kini Aweera merupakan vokalis Pelita Lusoh yang turut dianggotai oleh Anep dan Alan.

 

 

 

 

 

Sumber: Wilayah ku

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*