Tanam cili, tapi bayam pula yang menjadi

Rezeki tak pernah salah alamat!

Walaupun usahanya menanam tanaman cili tidak menjadi,seorang bapa kepada lima anak tetap tidak putus asa lalu mencuba nasibnya sekali lagi menanam bayam Brazil, pegaga dan ulam raja.

Md Yusoff Sulaiman, 58, mula mengusahakan tanaman tersebut di tanah terbiar di hadapan rumahnya dekat Klebang Restu, Chemor, Perak sejak Januari lalu.

Beberapa keping foto hasil tanaman Md Yusoff yang hijau merimbun dikongsi anak keempatnya, Shazriel menerusi satu bebenang di Twitter sehingga menjadi tular.

Dipetik dari laporan mStar, Shazriel berkata pada awalnya bapanya melakukan aktiviti bercucuk tanam sekadar hobi.

“Asalnya ayah tanam cili, lepas tu tak berapa menjadi sangat. Lagipun banyak keluar kos, jadi ada kerugian dekat situ. Akhirnya ayah tukar tanam bayam Brazil, pegaga dan ulam raja.

“Memang hobi ayah bercucuk tanam sebab ayah dah berhenti kerja sebagai pemandu lori. Masa PKP tu dia tak buat apa-apa jadi dia tebas tanah depan rumah kami.

“Mula-mula sikit-sikit je sebab selalu tengok gambar mak share. Tapi bila balik rumah tu saya terkejut… wow banyaknya. Sejuk je mata memandang sebab tengok tanaman tu hijau merimbun,” katanya.

Yang uniknya, Shazriel berkata bapanya hanya menggunakan baja organik seperti sisa-sisa kulit telur dan kulit pisang dan sama sekali tidak menggunakan racun tanaman.

Kini tanaman tersebut menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga mereka.

“Ayah selalu hantar ke pasar tapi tak dapat banyaklah. Sebab tu mak start buat kerepek bayam Brazil untuk dijual. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

“Walaupun baru start seminggu dua ini, ramai minta. Sampaikan mak tak menang tangan nak menggoreng. Nasib baiklah ada adik bongsu yang membantu,” katanya.

Mengenai perkongsian di Twitternya, penuntut Universiti Malaya itu berkata dia sekadar mahu membantu mempromosikan kerepek bayam Brazil air tangan ibunya.

“Saya niat nak bantu mak dan ayah sebab tengok penat lelah mereka selama ini. Saya nak tunjukkan waktu PKP kita bukan sekadar duduk rumah je.

“Ada je benda boleh buat. Kita berbudi kepada tanah orang cakap, akhirnya menampakkan hasil. Saya harap apa yang saya lakukan ini dapat membantu mempromosikan kerepek mak saya,” katanya.

Menurut Shazriel, sebalang kerepek bayam Brazil itu dijual pada harga RM22.

“Harga sebalang dalam RM22. Kalau area Ipoh saya boleh COD, luar Ipoh pula boleh post.

“Tapi kalau nak beli dekat Shopee pun ada. Kita ada jual dekat situ juga,” katanya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*