Sebenarnya orang perempuan yang dah bergelar isteri ni cukup mudah nak kumpul pahala.
Cukup dengan taat pada suaminya, jaga makan pakai suami, sanggup berkorban buat suami, semuanya sudah dianggap pahala.
Apatah lagi buat si isteri yang sanggup membanting tulang bekerja untuk sama-sama membantu suami mencari rezeki, demi mendapat redha Allah.
Namun adakah si isteri perasan kesannya buat si suami? Berd0sakah suami dengan membiarkan si isteri bekerja? Ini perkongsian Ustazah Sharifah Zabidah berkenan hal ini.
“Banyak pahala awak dapat sebab sanggup berkorban tolong saya bayar itu ini segala bil dan belanja dalam rumah, jaga anak dan kerja 24 jam urus semuanya..” – Suami
“Banyak pahala awak dapat sebab duduk dengan MIL, ikut permintaan MIL dan suami. Dapat berbakti pada keluarga suami walaupun hati awak banyak terc3dera…” – Ipar yang dia sendiri tak nak duduk dengan maknya.
“Banyak pahala awak dapat sebab sabar dengan suami dan memaafkan segala kecvrangan dan kekasaran dia.. InshaALLAH besar ganjaran awak…” – Kawan baik
“Banyak pahala awak dapat sebab redha kena kerja macam robot 24 jam dan tanggung perbelanjaan rumahtangga sama-sama dan jaga anak dengan sempurna…” – Mertua
“Banyak pahala awak dapat lahirkan dan besarkan anak-anak walaupun suami lepas tangan segalanya sedangkan awaklah ibu, awaklah bapa…” – Jiran
Sedar tak,pahala-pahala terkumpul sang isteri yang disebutkan – itulah dia permulaan episod g@galnya seorang suami memainkan peranan.
Dalam kita mengingatkan betapa banyaknya PAHALA yang si isteri dapat dalam baktinya, jangan lupa ingatkan juga betapa banyaknya DOSA yang suami dapat dalam lekanya.
Di saat isteri ditempa menjadi segagah lelaki sejati,
Si suami membesar menjadi semanja tuan puteri.
Di saat isteri memilih menjadi setabah Asiah sang permaisuri,
Lelaki menjadi seperti Firaun pada kerasnya hati.
Beginilah ALLAH memuliakan seseorang dalam satu ujian,
Dan ALLAH menghiinakan seorang lagi dalam ujian yang sama.
Duhai suami,
Di saat kau meminta isterimu menjadi seperti Asiah pada sakitnya disakiti, namun tetap mentaati.
Dalam tak sedar kau juga menjadi seperti suami Asiah, yang menjadi begitu keras hati, tak sedar istidraj ILAHI.
Suami yang kej4m yang mendapat isteri yang cukup bersabar atas kekej4mannya bukanlah suami yang beruntung tapi suami yang m@langnya menggunung.
Duhai isteri,
Keluarkan suamimu dari lena dan lekanya.
Sanggupkah kerana ‘kesabaranmu’ yang diam menanggung segalanya,
Menjadi sebab utama suamimu kelak dibakar di neraka?
Buat para suami, hargailah setiap perkara yang dilakukan isteri anda yang sama-sama bergolok gadai demi rumah tangga. Pandanglah mukanya dan buka telinga seluas-luasnya mendengar isi hatinya.
Bukan niatnya untuk membebel tapi kerana dia sebenarnya mempercayaimu lebih daripada orang lain dan percaya hanya kamu duhai suami yang mampu menenteramkan jiwanya.
Jangan kau bandingkan setiap perkara yang dilakukan isterimu dengan orang lain kerana sesungguhnya ia akan melukakan hati isterimu. Bersama-samalah dalam melayari bahtera walau ada ujian dan pasang surutnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:Pes0napengantin
Leave a Reply