Dayana pilih akhiri zaman bujang dengan ahli perniagaan

Tahniah! Pelakon berbakat Dayana Roza bakal melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dalam masa terdekat.

Menurut Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 29 dia memilih, Adale Adham, 33 selepas enam tahun perkenalan.

“Memang dalam perancangan bertunang. Insya-Allah dalam masa terdekat ni. Tapi buat masa ini demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga, saya tidak boleh beritahu tarikh lagi.

“Sekarang ini tengah buat persiapan. Insya-Allah tidak lama lagi saya akan beritahu nanti,” katanya.

Ujar Dayana lagi, bibit percintaan mereka hanya mula berputik pada tahun ini sebelum mereka berdua membuat keputusan melangkah ke fasa yang lebih serius.

“Insya-Allah, rancang nikah tahun ini juga,” ujar Dayana mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*